Pages

You're Beautiful When You Smile Big!

Wednesday, April 1, 2015


Assalamualaikum,



dan hai!


*scroll down for new post*


Tajuk tak menahan kan? Senyuman ikhlas pun sudah dikira sedekah, lagi pula senyuman yang dikritik dek kerana barisan gigi! Perasaan tu? Memang ada rasa nak hempas ke dinding.. tapi ungkapan keramat, "You're beautiful When You Smile Big".. fuuhh.. memang rasa tenang saja, hati lagilah berbunga-bunga!

Itu masa encik abang nak mengayat, mestilah guna metafora sebagai penguat rasa dan bahasa. Sebelum kisah hati berbunga tu, dan selepas hati berbunga jugalahkan, fasa senyum tak ikhlas, senyum yang nampak tak nampak gigi tu.

Alkisah suatu masa dahulu, teringin nak pakai braces, nak bagi gigi cantik! okay, niat tu dah salah dah, nak bagi cantik! Jadinya impian kecil sewaktu dibangku sekolah sudah ditolak mentah-mentah oleh mak. Sigh~

Tambahan hujahan dari ustaz-ustaz kata, kalau nak pakai untuk cantik memang tak boleh, haram gitu. Samalah macam perhiasan buat tunjuk-tunjuk pada orang, makruh boleh jatuh haram kalau buat orang terasa!

Tapi, mungkin kalian perasan yang gigi saya nampak sempurna di mata anda, alangkah indahnya dunia, ecehh~ Lihatlah senyuman menawanku, haha. Nampak elok dan teratur saja kan? terima kasih pada anda kerana mengakuinya, huahuahua.



Senyuman menawan saya,..





tadaa,..




My beautiful current smile! haha

Jangan mudah terpedaya ya, yang ini kita kira sebagai camera trick je tau.

Mengimbau masa lampau, kenapa terjadinya barisan gigi yang agak senget ni? Aiseh, malu nak cerita..

 (-_____-)'

Cerita macam ni, masa tadika dalam umur 6 tahun tu, permainan famous time tu mestilah lompat galah, main ting-ting, macam-macam permainan rakyat yang semua menjadi aktiviti si kanak-kanak. Waktu tu memang tak ada gadget canggih ni, yang ada pun hanya TV. I'm not a TV person, sebab saya sangat aktif dan agak boyish,.. haha.

Suatu hari, bila sedang menunggu mak saya habis mengajar, kami ni anak-anak cikgu yang tinggal 4-5 orang macam tu. Pergilah kami bermain ting-ting. Budak-budak kan semua tak menyabar, habis turn, orang lain punya turn, lepas tu sempat lagi bergaduh  sebab cheat nak habis cepat kan, haha! Bila yang dok bergaduh kt depan tu, terus ajer si kanak-kanak riang ni melompat sambil kaki tersadong!

Haaa,.. boleh bayang tak macam mana rupa nangka busuk jatuh tersungkur?

Masa jatuh tak sakit, dan tak nangis pun. Itu yang ajaib. Bila bangun saja dah nampak ada sebatang gigi kat atas petak no 3, ada pulak beberapa calit darah..

*pengsan*

Bila rasa-rasa gigi depan dah patah, terus sajalah si kanak-kanak ni meraung, drama lebih kan? haha. Tambah pulak bebudak lain tu dok mengejek,

" Eh, gigi kau patah! Kau da rongak lah!"

Menangis sambil tutup mulut, malu sebab gigi dah takda, malu lagi sebab budak darjah asyik dok pandang. Malu tau dak! Malu sebab kawan ejek lagi,.. (T______T)

 Mencarilah si kanak-kanak pada emaknya yang sedang mengajar, terus saja ke kantin sapu gula, (tak tahulah kesinambungan dari situ kenapa bubuh gula pada tempat gigi yang patah tu).

Petang tu terus pergi klinik gigi, cabut lagi sebelah yang patah tak habis. Sebenarnya gigi tu dah agak goyang, dah nak dijadikan cerita memang gigi depan tu nak jatuh dengan cara tersungkur! haha. Jadi waktu tadika ku rongak dua-dua gigi besar depan!

Implikasi dari kesan tersungkur tu, buat gusi dan gigi saya tak berapa nak teratur, nampak macam inline, tapi agak jarang-jarang. Kena floss setiap kali lepas makan, kalau tak pun kena mencungkil gigi sajalah bila lepas makan daging dan ayam, kalau daging masak tu jenis liat skit, ambillah masa yang agak panjang nak tarik keluar urat daging melekat celah gigi! huhu.




Bila dah makin besar ni, memang agak ketarala kesan jatuh tersungkur tu, barisan gigi senget, dan gigi pun tumbuh ada gap. Paling tak best bab makan memang restricted sikit bab daging tu. Belum kira satu hal lagi nak mencungkil lepas makan. Rasa stress jugak.

Fasa tu da mula biasa, tapi kerap kena jangkitan dalam mulut kalau tak cuci bersih sisa makanan. stress jugak~

Kalau sendiri tau ni memang tak ada lah rasa apa-apa pun, sebab sendiri je tau dan rasa. Yang paling ketara dan sentap pun ada jugak bila nak ambil gambar, lagi-lagi group photo, perghhhhh.. Memang rasa makan dalam, you should remember I'm a girl who just started to growing up! Memang sensitif.

"Eh, gigi kau senget ke?"

"Okay, semua senyum, sebut cheese! Macam peliklah muka kau senyum ni, gigi kau macam sengetlah"

OMG, waktu tu memang rasa nak terjun kolam, menyorok takmau keluar tau! kalau tak lari sambil menangis guling-guling, betapa malunya orang cakap macam tu, sabar ajelah dik nonn~

Memang makan dalam rasa, bila dengar perkataan 'Senget', dah jadi macam trademark bila da masuk dalam kepala, semua benda projek kerja sekolah pun senget!

Lepas kejadian sentap kecacatan rupa paras gigi tu, terus berlatih cari angle yang cantik bila orang ajak bergambar! haha.. Bukan takat selfie ajer nak kena cari angle, nak masuk majalah sekolah pun kena baik punya pose biar nampak cun.

Sekarang ni okay saja, cuma terseksa bila lepas makan. Ada kajian pula, bila kita tak gosok gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari dan tak menjaga kebersihan mulut dan gigi, kita mudah mendapat risiko penyakit jantung.

Mahu berlebih pun, tak mampu. Kalau mahu buat braces nak bagi lurus, saya bukan artis. Bukannya sempurna sangat, bukan juga cantik sangat, dan bukan juga selesa, terseksa ada! haha.

Jadi, diharap jangan tegur bila senyum gigi saya tu nampak pelik. Saya tumbuk nanti! haha.



P.s Saya redha dan bersyukur pada Allah Taala, selain gigi, nyawa yang diberikan lebih berharga.



2 comments:

  1. salam ukhwah jugak dari kaknoor ya zera hehee cantiknya gigi U..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segannya saya blogger famous datang singgah. :D thanks kak Noor

      Delete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS