Monday, April 6, 2015

Bersotong-sotongan

Assalamualaikum,


dan hai,

Minta ampun sebab menghilang, almaklumlah balik kampung katakan. Sibuk tu takdalah sangat, tapi nak berjalan sakan melawat sanak saudara gitu. hihi.

Ampun juga kepada Tatabahasa Nazi kekdahnya. Terima kasih juga didahulukan bagi yang nak kritik tu, semoga boleh membina kearah kebaikan.

Apapun, tak ingat pula dah pernah post ke belum pasal sotong, ke di Instagram? haha. Lupa sudah makcik ni.

Minggu yang lalu, dan sekarang pun masih musim sotong dan udang, bagi peminat sotong dan udang ini. Marilah datang ke Pulau Labuan, Pulau Bebas Cukai! *wink* Rezeki murah bila tatkala harga sotong rendah, kawan sekerja encik K bawa pulang berkilo sotong segar! Yang parah bininya la kan, hehe. Oopps, tidaklah, sebahagian besar encik K yang tolong bersihkan dan cuci, yang menyimpan dan menyusun itu saya!



Nestum Butter Squid!

Nestum Butter Squid

for 2 servings/ Untuk 2 orang makan


Bahan Sotong Goreng Tepung

5 ekor  Sotong dihiris kasar (sotong yang sudah dibersihkan dan kering)
3 tbs    Tepung Gandum
­­½ tbs   Tepung Jagung
1 tsp    Garam
¼ tsp   Lada putih
1 biji   Telur (dipukul)
Minyak untuk menggoreng

Cara
1) Panaskan minyak di dalam kuali untuk menggoreng, Api sederhana besar.
2)Sotong yang dihiris bentuk cincin dibiarkan atau dilap kering dengan kitchen towels.
3) Sediakan bahan campuran kering terdiri daripada tepung gandum, tepung jagung, garam dan lada putih di dalam pinggan.
4) Pinggan berlainan, sebiji telur yang dipukul.
5) Ambil segenggam sotong yang kering, rapikan bahagian sotong dengan tepung agar tiada yang basah.
6) Kemudian, sotong yang bertepung celup ke dalam telur, golekkkan bagi kena telur dan celupkan sekali lagi ke dalam tepung.
7) Pastikan minyak di kuali untuk menggoreng betul-betul panas, masukkan sotong yang bersalut tepung dan telur ke dalam kuali. Goreng hingga kuning keemasan.
8) Ulang langkah 5 hingga 7. Sehingga sotong habis. Jika kurang tepung boleh tambah tepung dan gaul lagi sekali.


Nestum Butter Squid

Bahan

Sotong yang telah digoreng
2 tbs         Salted Butter
1 tangkai  Daun Kari
2-3 biji     Cili Padi
2 tbs         Nestum

Cara
1) Kuali berasingan, panaskan butter. Kemudian masukkan cili padi dan daun kari. Goreng hingga daun kari layu.
2) Masukkan Nestum dan sotong sekali. Gaul sehingga semua sotong digaul sebati dengan butter.
3) Siap! sedia untuk dihidang.



Tips:

1) Guna dua tangan untuk kering dan basah semasa proses menyalut sotong dengan tepung dan telur.
2) Nak lagi sedap, tambah sedikit serbuk kari (apa² jenis serbuk kari pun boleh)
3) Boleh digunapakai untuk udang juga!




Good Luck!

2 comments :

  1. Yang ini memang kegemaran sekeluarga.
    Tapi belum pernah cuba ada nestum, pasti lebih lazat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi singgah Tukang Kebun, menu biasa saja, pasti licin!

      Delete

click me!