Pages

Halibut's fried with Honey Glazed

Saturday, February 7, 2015

Assalamualaikum dan hai,

Happy weekend ya'lls!









Fuhh, gigih nak perabiskan ikan sebelah ni. Pelbagai jenis masakan nak cuba, gigih.. gigih..

Masa tenung last pack fillet ikan sebelah ni, terfikir nak masak buat sup ikan, memandangkan tulang ikan sebelah dari lebihan buat fillet tu ada lagi. Sayang pula rasa nak buang macam tu saja. Kita rebus dan buat sup, ada juga perasa aslinya juga nanti.

Tengahari cik abang message, katanya taknak makan yang berkuah, masak kering-kering saja. Tetiba teringat juga resepi fish N chips tu, tapi rasa nak buat lebih mudah sebab nak makan dengan nasi. Batter pun nak kena improve dari yang lama yang tak berapa nak menjadi.

Kalini saya rasa berjaya jugalah, sebab satu bahan campuran saja yang buat batter tak menjadi. hihi. Resepi biasa saja, cuma kepingan fillet saya potong dalam bentuk bite size, dan cara gorengan sama macam fish N chips beza nya bancuhan batter tu saya tak letak telur. Telur saja rahsianya, hihi. Resepi Fish N Chips batter ada SINI






Halibut's Fried with Honey Glazed


1 ekor  ikan sebelah (fillet - potong dalam kepingan kecil )
** Salut tepung dan celup dalam batter dan goreng deep fry. ( Tak deep fry pun takpa, goreng macam cekodok pun okay )



Honey Glazed

1/2 Labu bawang besar India (dipotong dadu)
2 batang  cili padi (potong kecil)
1 tbs        sos cili thai
3-4 tbs     madu
sedikit garam sebagai pelengkap rasa.

Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis bawang dan cili padi.
2. Masukkan sos cili thai, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan madu dan sedikit garam.
3. Masak sehingga berbuih, masukkan kepingan fillet yang telah sejuk. Gaul hingga sebati dan matikan api.
4. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan waktu panas.

Mudah saja resepi ni, ilham daripada mimpi katanya. haha. Malam tadi ini saja menu kami, menu mudah sebab dok nak perabis makanan dalam peti.

Soon will be lamb chop and pizza recipes, good for me to keep in freezer for lamb chops and pizza for a quick (not really actually!).

ok, selamat mencuba.


Good Luck!

P/s : ppssstt, anda pengguna Sony Xperia? 20% Off storewide discount at LUXOLA with following code : SONYLX15 , hurry up ladies, till Feb 28th!

#recipes #fish #LUXOLA #onlineshopping #makeup


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS