Tuesday, January 20, 2015

Fish N' Chips Night

Salam dan hai,









Minggu lepas, setelah sekian lama kami kehabisan bekalan makanan laut, Encik suami bawa pulang satu plastik besar! haa.. kali ni memang penuh satu peti ais kami. Penuh bahagian tang kami punya saja lah.

Ada sikit ketam, udang dan sotong. Mungkin high season kt Labuan ni, ikan kembung atau kt sini panggil ikan rumahan tak banyak ditangkap. Ikan cencaru pun tak ada juga. Bila teringin nak makan ikan bakar, dan dan je tak ada. Sabar aje lah labu!

Jadinya, terasa nak makan benda yang mudah dan pantas dan tak berapa nak healthy! hehe.. Fish N Chips versi sendiri. Ikan saya tak guna frozen ikan dory yang mudah nak dapat kt kedai. Kebetulan musim ikan sebelah atau Halibut besar-besar tapak tangan. Kira oklah tu.

Ada 3 ekor ikan saiz tapak tangan gajah saya. hihi. Saya fillet kan ikan sebelah tu, nak dapatkan isi dia ja. Banyak kali juga belajar nak fillet ikan ni. Duduk Labuan ni murah rezeki dengan seafood versi besar-besar belaka. Ambil peluang mem-fillet-kan ikan ni. gambar takda. hehe.

Nak mem-fillet-kan ni kena hati cekal dan perlukan kamikaze! haha.. yang paling penting, pisau kena sentiasa tajam. Lepas fillet satu ikan, terus asah lagi bagi tajam. Kalau kita pergi makan sushi ke sashimi, kan dorang selalu asah pisau je, macam masterpiece la sushi sebiji kecil tu! hihi..

Saya tak pasti orang di Labuan ni mungkin xberapa makan ikan sebelah ni, harga ikan mengikur saiz berbeza tapi dalam kategori murah. Besar macam tapak tangan saya ni, sekilo dalam RM8. Bolehlah nak rasa makan ikan. Yang jadi rebutan ikan kat sini macam, ikan putih (ikan bawal putih) ikan merah, tenggiri dan kerapu. Tapi bila ak masak ikan mayong ke, ikan sebelah ke, makan pulak.. cehh~

Oklah, nak share resepi




Fish N Chips

~ for 2 servings


Batter
1 ekor  fillet ikan halibut (ikan lain pun boleh)
1/4 tsp  lada sulah
1/4 tsp  garam
3 tbs     tepung gandum
1/2 tbs  tepung jagung
1 biji    telor (dipukul)
1/2 cawan air

Cara
1. Keringkan fillet ikan dengan kitchen towels.
2. Salutkan fillet dengan tepung gandum. Ketepikan.
3. Bancuh bahan- bahan di atas kecuali fillet ikan. Kepekatan batter bancuh macam nak buat cekodok/jemput².
4. Panaskan minyak untuk deep fry.
5. Untuk menggoreng, biar minyak panas baru celopkan fillet bersalut tepung sepenuhnya dan goreng!




Tartar sauce
2 tbs         mayonnaise 
1/4 tsp      garam
1/2 clove  chopped red onion
1/2 tsp      parsley
1/2 tbs      lemon juice

Cara
Mix all of it and taste as per you like it!



Chips/ Wedges
2-3        potatoes cut into wedges
1/4 tsp   garam
1/4 tsp   serbuk paprika
1/2 tbs   olive oil/evoo

Cara
1. Rebus kentang separuh masak. Tanda macam warna sekata, lapisan antara kulit dan isi tu sama warna. Toskan.
2. Gaul kentang dengan garam, paprika, dan olive oil. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dalam suhu 180°C hingga masak keemasan.
3. Ready to eat!


Serves tu ikut kreativiti, kalau taknak buat tartar sauce tu, boleh bancuh buat salad kobis. hihi. Mudah ja kalau nak seribu daya, paling penting jimat, sekor ikan ni buat fish N chips boleh makan 2 orang. Harga pun xsampaila RM20. hiihi. Penting lagi, halalan toyyiban!



Good Luck!

p/s : Macam mana ya nak bagi crunchy lagi batter tu? resepi mat saleh guna tepung ubi kayu, boleh ke?


No comments :

Post a Comment

click me!