Alhamdulillah, sehari lagi kita hidup di muka bumi ini. Hari ini juga telah berlaku fenomena Gerhana matahari. Rabu, 9 March dalam pukul 7.26 hingga 9.05 pagi. Subhanallah. Satu kejadian yang kita bukan saja-saja boleh buat, nak petik jari jadi gerhana pun jauh sekali, Allahuakbar. Salah satu petanda kekuasaan Allah Taala yang bila-bila masa saja Dia kehendaki.
Waktu ini kita disunatkan melakukan solat sunat 2 rakaat gerhana matahari di mana setiap rakaatnya mempunya dua kali rukuk. Sumber atau panduan Solat sunat gerhana sudah share di Facebook. Alhamdulillah, dapat lihat cara nak melakukannya pagi ni.
Antara petikan sahabat saya di Facebook dari Kak Nunun;
"Antara kebesaran yang Allah swt nak tunjukkan pada kita hari ini, Gerhana Matahari Separa. Setelah peristiwa beberapa ayat Al-Quran yang hilang "ditarik balik' oleh Allah swt beberapa hari yang lepas, inilah masanya untuk kita membesarkanNya semula dengan mengerjakan Solat Sunat Gerhana tanda keinsafan kita sebagai hambaNya.
Pagi ini, saya cari dan baca semula ayat-ayat yang 'ghaib' di Parit Buntar beberapa hari yang lepas, benar ayat-ayat tersebut mempunyai kaitan antara satu sama lain.
Menceritakan tentang bagaimana kaum-kaum terdahulu yang berpaling daripada Rasul yang diutuskan menerima azab yang sangat pedih, hingga Allah tinggalkan kesannya supaya dapat dilihat hingga hari ini untuk umat sekarang mengambil pelajaran ( Al-Qamar , 54 : 7-49 ) dan (Al-Zariyat , 51: 7-51 )"
Alkisah beberapa minggu yang lalu, rasa kecur air liur bila dok terbayang bau-bauan rempah ratus yang dibuat untuk masak kek lapis tradisional. Orang panggil rempah kek lapis, kalau di Indo, dipanggil spekkeok. hihi.
Di Labuan ni memang tak ada atau saya pun tak perasan sama ada kewujudan rempah kek lapis ini ada dijual di kedai bakeri. Jadi, saya cuba resepi home made rempah spekkeok oleh Ibu Hesti {Home-made Bumbu Spekuk}. Rata-rata hasilan pakcik Google tu resepi bahan asas adalah sama. Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga cengkih dan buah pala.
hihi.. kalau rajin saya share entry seterusnya. Sekarang kita share resepi lapis legit ni.
Resepi Lapis Legit
Masa : 4 Jam
Resepi asal : Google ( boleh refer Blogger Mat Gebu, Citarasawan, Bisousatoi)
Bahan
(A)
300g Butter ( guna unsalted Anchor butter)
200g Margarine
340g Gula
5 Tbs Susu pekat manis
1 Tsp esen vanila
(B)
30 biji kuning telur
(C)
1 Tbs Rempah kek Lapis ( bumbu spekuk)
100g Tepung gandum
Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 160°C. Guna function grill pada oven atau api atas sahaja. Loyang bulat atau empat segi sama 8" x 8" x 3" yang telah dilenser butter dan di alas kertas baking.
2. Potong butter dan margerin dalam cubic.** (sudah disejukkan terlebih dahulu).
3. Putar guna stand mixer atau hand mixer, butter dan mentega, gula dan vanilla pada kelajuan sederhana tinggi hingga kembang yang berubah menjadi warna kuning pucat. Kemudian tambahkan susu pekat.
4. Masukkan Bahan (B) kuning telur di kelajuan rendah. Kemudian lajukan putaran mixer selama 8-10 min. ** Jangan terlebih lama putaran.
5. Masukkan Bahan (C) yang telah diayak bersama. Putar hingga adunan sebati di kelajuan sederhana.
6. Macam Dalam gambar tu, lapisan demi lapisan saya guna 1 senduk nasi untuk selapis, bakar dalam 6-7 minit setiap selapis. Kemudian tekan-tekan bagi padat. saya guna cake cutter yang macam tiangle tu. hihi.
****
- Kalau tak ada loyang tinggi 3 Inci tu boleh guna dua loyang sekali bakar, kira masa dok buat selapis tunggu nak bakar, boleh ready loyang lg satu. Jadi dua loyang rotate bakar macam tu.
- Kek lapis saya tinggi sebab saya potong jadi dua bahagian dan tenggekkan saja. Letak pemberat dan sejukkan, melekat sebab kek sangat moist.
- Jika suka rasa rempah kuat atau slightly strong boleh tambahkan lagi rempah spekuk tu. Mungkin rempah yang saya buat tu sendiri tak rasa kuat. hihi.
- owh ye, lupa nak bagitau, resepi otai guna creamy butter macam SCS, Gonden Churn, atau Orchid butter, wjsman butter (biasa jual di Indo saja). Saya guna apa yang ada dalam peti. hihi
Okla, tu je, selamat mencuba resepi makan tahun!
:P
No comments:
Post a Comment