Tahun baru azam baru ye dak? hihi.
Rata-rata harga barang dah mula naik, yang ni belum comply GST. Bila dah start GST nanti harga barang biasa saja kan? hihi. Tahniah juga pada pihak Kastam yang bertungkus lumus buat talk untuk GST, banner dan bunting bersepah untuk kesedaran GST yang berkuatkuasa 1 April 2015 ini.
Kali ni ni saya nak share tips jimat saya yang saya rasa tak adalah nak jimat sangat, kalau ada yang boleh share tips korang share la ye. Berdiskusi secara sihat dan membina. Ecehh..
5 Tips Jimat Belanja anda!
1. Stok simpanan - Haaa.. yang ini memang kita selalu buat, tapi mesti kita selalu longgok je barang lepas beli dari kedai. Sediakan ruang untuk menyimpan barang kering anda tu. Biasanya kita beli masa Sale yang boleh beli dalam kuantiti banyak. Jadi takdalah yang terlepas pandang, atau membazir lagi dengan belian kali kedua.
Yang ini elakkan kita membeli bila dah jadi keperluan segera. Contoh : Kicap atau garam/gula, bila tersorok cari tak jumpa, dah kena beli hanya satu barang saja. Bazir tenaga dan waktu kan?
2. Bina sistem inventori - Waktu berbelanja memang amat menyeronokkan terutama untuk suri rumah kan? termasuklah saya! Even hanya nak beli barang dapur pun dah cukup bahagia. Untuk membina sistem inventori ni, anda tak payah nak guna komputer bagai. Cukup sekadar penyusunan stok bahan kering.
Tips : Susun mengikut tarikh luput, yang tarikh semakin hampir tu disusun belah atas atau tempat yang mudah di capai.
Contoh : Tepung, bila tengah nak guna tepung gandum buat cekodok tu tetiba tak cukup, anda pasti ambil capaian yang pantas bukan? Jadi susun bahan yang hampir tarikh luput ke atas
3. Rancang Pembelian - Bila sudah ada sistem inventori versi sendiri tu, kita hanya perlu masuk bilik 'syurga' kita hanya memantau kuantiti barang yang tinggal. Untuk beginner, Grocery List dan To buy List kena ada. Pertama sebab nak elakkan pembaziran, dan kedua kita juga nak pastikan makanan kita sentiasa segar betul tak?
Bila dah terbiasa, list tu dah jadi Grocery list ja. Ia jadi latihan untuk kita tutup nafsu nak shopping benda tak perlu. contoh : Perasa tiruan, lol!
4. Bajet - Yang ini mesti best, sebab boleh berkira-kira kan? lol! Yang ini sekadar memantau perbelanjaan bulanan kita, kadang-kadang xckup bulan lagi dalam dompet ada beberapa not kecil saja! Jadi bajet untuk perbelanjaan dapur hanya nak memantau wang keluar dan elakkan juga pembaziran.
Contoh : Sebulan peruntukkan dalam RM400, Pecahan mingguan, jadi RM100. Bahan basah dan mentah untuk seminggu, pun saya rasa agak mewah juga. Kalau rajin semua jadi ye dak? Cucur bawang pun boleh, kalau malas nganga je la yeh, kecor air liur tengok makanan kt instagram!
Bila dah buat kira-kira ni, makan kat rumah sebenarnya lagi jimat, tambahan korang kena kurangkan penggunaan MSG, yang pelbagai jenama ada sekarang ni nak cukup rasa, eh?! Macam dah berfamily, ikan/ayam goreng, tambah sup sayur sikit dan telor dadar. Mesti tak sampai RM20, kalau makan kat kedai untuk 4 orang makan? itu baru sekali makan dah berapa ye dak?
5. Sale - Menjadi hobi waktu sebelum hujung minggu gitu!
Kebiasaannya saya suka buat survey dulu sebelum nak beli apa-apa ( dah macam cerita extreme couponing!) kalau rajin, singgahan survey saya tu sampai la ke kedai runcit yang biasanya ada buat weekly Sale.
Contoh : Macam pasaraya Giant. Ada jualan bulanan dan jualan mingguan dan juga Harian, rajin-rajin ke website dan hari minggu pun apa kurangnya! Aeon Big pula nak extra bila 28hb setiap bulan, tambahan 5%. Tesco ada juga, tapi anak buah kata hooody, lol!
Barang yang selalu buat stok tu yang tahan lama, macam beras, tepung, sabun etc. Literally yang korang memang akan selalu guna dan cepat habis, contoh kitchen towels dan pampers anak. Di sini, bolehlah buat penjimatan berganda.
Ok, sekian dari saya. Lama juga nak mengarang pasal tips ni rupanya. Yang ini serba sedikit yang saya buat. Ada orang lebih bagus dari ini, dan banyak juga cara nak berjimat selain dari segi perbelanjaan kita. Semua ini terpulang pada perlaksanaan kita dan kreativiti kita.
Saya mengalu-alukan kalau ada komen atau tips lain jangan silu share ye, saya dulukan dengan ucapan terima kasih.
Good Luck!
p.s Masalah nak berjimat dengan canned atau process food, in the end organic and healthy food are expensives than unhealthy. The reality that have to face in Malaysia.
No comments:
Post a Comment