Tuesday, February 3, 2015

Kerapu Masam Manis

Salam dan hai,











Hari minggu yang sibuk. *cliche*

Alkisah last minute plan nak ke Kota Kinabalu cancel atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. More bonding time with husband around the city of Labuan again. Just walking around, looking out some stores, or hotel if needed.

Dalam masa yang sama, lots of recipe I wanted to share here, maaf la ye, belum kesempatan. As I find it quite hard to gather the strength. haha.

Jadinya, Ahad lepas menunya biasa saja, tapi disebabkan ikan kerapu hasil pemberian rakan kerja suami lama sudah dalam peti tu, terpaksa jugalah masaknya. Lama sangat dalam peti nanti dah tak manis rasa isinya. Rugi kan?

Ini ikan kerapu kedua saya, kali pertama nak menyiang dia tu siap whatsapp family members, macam mana nak siang n cuci. haha. NOOB. biasalah kan! jari tertusuk duri tu tak payah cakap la, but I set it on how to cut clean. hehe. Macam kat kedai biasanya belah tengah, dan sisik pula tidak dibersihkan just buang bahagian sirip dan perut. Dah siap tu, cuci bersih, rendam sekejap dengan air campur limau kasturi dan garam, saya suka tambah sikit cuka epal.

Mudah je cara nak masak, jom kita tengok resepinya,..





Kerapu Masam Manis

p.s resepi mudah tidak menggunakan cili giling

Bahan

Ikan Kerapu ~ disiang dan dibersihkan
Serbuk Kunyit
Garam
1/2 tbs tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Ikan kerapu dikelar-kelar terlebih dahulu.
2. Bahagian ikan digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
3. Tepung jagung dilumur pada bahagian ikan yang sudah digaul dengan kunyit dan garam.
4. Goreng ikan cara macam biasa atau deepfry.

tips: Lebih garing lagi sedap, api tak terlalu besar tak terlalu kecil. Sedikit overcooked tapi tak hangit. hehe


Kuah Masam Manis

Bahan

1/2 labu   Bawang besar
2    tbs     Sos Tomato
1    tbs     Sos cili
Garam dan Gula sebagai perasa
Optional : potongan lobak merah, lada benggala dan nanas

Cara
1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan campuran sos cili dan tomato. Masak sehingga sedikit garing.
3. Masukkan sayuran optional, dan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Bila mendidih, tambah sedikit garam dan gula sebagai pelengkap rasa.
5. Sedia dihidang dengan tuang ke atas ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.

p.s boleh tambahkan daun sup sebagai hiasan.

Mudah saja kan? kalini saya tak guna cili giling untuk menumis, disebabkan saya memang terlupa! da masuk air baru teringat bekas cili giling kt sebelah dapur tu! haha.

Okey, selamat mencuba.


Good Luck!


No comments :

Post a Comment

click me!