Pages

Pandan Gula Melaka Bundt Cake

Thursday, January 14, 2016

Assalamualaikum dan hai alls~

Rasa macam dah lama fenomena pandan gula melaka ni, atau nama famous lain onde-onde cake. Masa di awal kemunculannya, tak silap dari baker IG cikkiah gitu.. Hihi.. Anda google la.. tak bape rajin nak berlink kan.. hihi :P

Since that day, ada menjadi kegilaan warga kota yang kecuurr air liur dok tgok di IG, boleh jilat skrin kan? :P hikss..

Jadi, saya ni dah jadi last minute orang yang mencuba resepi yang tengah 'in' sangat sekarang. Even ada juga yang dah outdated debab last year lagi dah muncul kek ni.

In personal note, saya cadangkan buat portion kecil².. buat dalam saiz cupcake is better. Just like they do it with frosting SMBC- swiss meringue buttercream. Belum ada masa lagi nak mencuba frosting ni disebabkan tooott.. hihi

toot is sharing and it's caring, do you get what I mean? hehe.. In my previous post I did mention why Im still looking another place and up until now, I still do. Belum ada lagi yang sesuai ataupun sudah mula peringkat 1st vacant sewakan to other vacant up to I don't know the cycle is. Sebab nilainya sewa rumah sudah jadi berganda.

Okla.. kisah rumah tu utk next entry.. :P




Pandan Gula Melaka Bundt Cake

Oleh shidah ar {link}

Bahan- bahan

3 cawan          tepung gandum
1 cawan         gula pasir
1 sudu teh      baking powder
1/2 sudu teh   baking soda
1/2 cawan      santan
1/2 cawan      air pandan ( saya guna susu balance & blend dengan daun pandan )
1 sudu teh      pewarna hijau
1 cawan         mentega ( guna brand anchor )
2 sudu teh      esen vanila
4 biji              telur

Untuk sos karamel gula melaka

150g            gula melaka/nisae/nisang
1/3 cawan    mentega ( guna marjerin)
1/4 cawan    air
2 sudu teh    esen vanila

Cara membuat kek:


  1. Panaskan ketuhar pada suhu 165­­­­­ºC. Sapukan minyak dan tepungkan bundt pan atau guna canola spray (saya la tu).
  2. Sukat tepung dan ratakan. Campurkan dengan rata bahan-bahan kering lain.
  3. Dalam bekas adunan, pukul mentega dan gula hingga ringan dan gebu. Masukkan telur satu per satu bersama esen vanila. Pukul hingga sebati.
  4. Boleh sambung guna pemutar atau  guna spatula. Masukkan bahan kering dengan bahagi kepada 3 adunan bersilang dengan adunan cecair ( santan, air pandan & pewarna)*
  5. Tuang ke dalam bundt pan. Bakar selama lebih kurang 50-60 minit atau sehingga lidi dicucuk keluar dengan bersih. **
Nota:
*       Penyediaan bahagian cecair boleh blend sekaligus.
**     Selepas kek masak, buat lubang sedikit di bahagian tengah (bukan area lubang ). Kemudian tuang karamel ke dalam dan sekeliling. Biar sejuk sebelum dipotong.

Cara masak karamel: 

  1. Potong atau hiris gula melaka supaya mudah larut bila dimasak.
  2. Satukan semua bahan kecuali esen vanila di dalam kuali. Masak di atas api perlahan sehingga gula cair dan mula untuk karamel memekat.
  3. Masukkan esen vanila dan kacau hingga sebati. 


Selamat mencuba

:D

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS