Pages

Ragam manusia tak pernah habis..

Friday, June 5, 2015

Assalamualaikum,..

dan hai,..



*senyum*


Maaf jika lama juga terbiar, tuan tanah emosi.. haha..

Kebelakangan ni, pelbagai cerita yang panas, harga minyak naik lagi tu dah macam biasa pulak.. Yang meroyan masa harga naik bulan sudah tak habis, sambung pula yang baru ni. Pilih dengan bijak saja dengan kata ucapan.

Terbaru, masih tak habis kisah kes buang anak. Anggapan orang ramai tu, kes malam merdeka tahun lepas asbabnya. Manusia bila iman pun tiada, inikan akal fikiran waras pun tiada. Berzina hingga mengandung, sampai cukup bulan dibuang pula. Nauzubillah.

Cukuplah wahai manusia. Sayangilah nyawa anda, sayangi juga nyawa anak anda, anak kecil yang lahir tanpa dosa tidak pantas dibunuh sebab mahu tutup malu dan dosa ibunya? Ingatlah, ini baru dunia. Dosa yang tidak berkesudahan anda lakukan sampai mati menipu.

Saya rasa kasihan,

dengan mereka yang;

Anak zina diperlakukan seperti itu. Ibu bapanya membuang tanpa belas kasihan. Yang kejam, dibunuh pula anak itu. Mungkin yang lebih baik, tidak dibuang dan tidak dibunuhnya, malah boleh berbisnes, menjual dengan para pembeli yang sanggup keluarkan beribu ringgit untuk insan yang namanya anak.

Kasihan juga bila ada golongan yang inginkan zuriat tahap desperate. Cara ini yang membolehkan mereka ada anak.

Mungkin tahap desperate tidak sesuai, maaf. Saya dan suami juga belum lagi dikurniakan rezeki anak. insyaAllah. Tidak patut pula kata mereka yang inginkan zuriat seperti kami dengan berkata desperate terhadap mereka.

Bila ada niat macam tu, cubalah ambil anak angkat di saluran yang betul. Sekalipun bukan dengan perkataan Desperate itu. Kita masih ada iman, ada agama. Jika diambil anak itu pun bukan milik hakiki pada kita, harta dunia ini milik Allah.

Rezeki itu akan datang pada kita, mohonlah ikut saluran yang betul agar tidak ditipu hidup-hidup oleh manusia bertopeng haiwan!

Perbualan kami suami isteri pagi tadi, menjadi peringatan buatku agar terus tidak melayan perasaan, lagi-lagi bisikan syaitan nirrojim.

Saya : Banyak betul kat newsfeed FB fasal dorg nak ambil anak angkat merdeka ni. Sanggup bayar beribu pulak tu!

Suami : Kalau orang tiada iman macam itulah, membelakangi agama. Sebahagian besar dari mereka mesti letak nama diorang!

Suami saya seorang yang firm, the one whom I  can consult with and my eternally bestfriend in and out. Alhamdulillah dengan pinjaman dari Allah ini. I respect him, with his thoughts and beliefs. For I am today as for his dua's and Allah's will. Alhamdulillah.

Bila suami saya nyatakan ayat begitu, betul juga. Salah mereka juga berkongsi dengan tekanan orang sekeliling, surrounding mereka. with the common questions starts with BILA.. and BILA... also with BILA..,..

Stereotype melayu yang tak pernah lari dari stigma perntanyaan peribadi yang tiada jawapan khusus.

Untuk saya, saya cuba buang perasaan sentap jauh-jauh,.. Mula tu biasalah, sentap tahap apa pun tak tahulah.. Bila suami pujuk, kenapa nak rasa macam tu, kita pula yang jadi stress. Jadi kena divert la, ala-ala dalam cerita Divergent, haha..

Keep positives, ..

saya tahu susah, but for keeping a negative mindset, you will not live life in a peace and not to the fullest.

ok, sekian dari emosi terganggu, marilah kita siapkan diri menyambut Ramadhan semoga amalan kita berlipat ganda diterima Allah Taala. InsyaAllah. amin.

p.s

Wondering if they succeed in illegal adopting a child with their own family names, very soon we need to imply DNA test together with HIV test for marriage proposal. Then, husband is right.


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS