Thursday, May 7, 2015

Roti Sardin Gulung Rangup!

Assalamualaikum,

dan hai,

Lama dah tak tulis resepi kat sini, resepi mudah dan ringkas, ada je lebihan sardin dan roti dirumah semua boleh jadi, tinggal kerajinan saja. hihi.

Cuti Wesak dan hari buruh yang lepas menjadikan hujung minggu kami panjang, belum lagi hujung bulan ini cuti Hari Kaamatan or Harvest's Festival plus cuti sekolah pertengahan tahun berkunjung tiba serentak. Seronok. Tapi kami bertapa sajalah di pulau ni. hihi.. Tiket Flight mahal!

Aktivti tu biasalah, rasa nak mandi laut, kami bangun awal pagi siapkan bekal, dan gerak. Pukul 8 macam tu masih awal lagi kat sini, bila waktu cuti paginya pukul 12! Tak ada orang lagi, so tak adalah nak segan sangat mandi kat laut! haha..

Okay, nak cerita pasal Roti Goreng Sardin, kami jarang beli sardin disebabkan makanan dalam tin dan proses, saya okay saja. Tapi kebetulan minggu ni memang sangat rajin katakan, kita buat sardin malam lepas, breakfast goreng bihun dan roti sardin gulung buat bekal.





Roti Sardin Gulung Rangup!


Bahan- Bahan

Roti Sandwich
Sambal Sardin yang telah dilenyek
Telor 2 biji yang dikocok
Breadcrumb/oats/nestum

Minyak panas untuk menggoreng

Cara-cara

1) Roti sandwich dilenyek terlebih dahulu dengan roller, bagi mudah proses menggulung.
2) Letak sardin dalam 1/2 inci di bahagian tepi dan gulung ke dalam, macam gulung tikar. Hihi. Buat sampai roti atau sardin habis atau buat sampai jumlah yang dikehendaki.
3) Sediakan dua pinggan berasingan yang ada telur telah dikocok (basah) dan breadcrumb (kering).
4) Pastikan minyak benar-benar panas dan boleh menggoreng.
5) Celup gulungan roti satu persatu ke dalam telur bagi semua permukaan basah dan salutkan ke dalam breadcrumb. Bila permukaan basah dilitupi breadcrumb, boleh goreng sehingga keperangan.
6) Sedia untuk dihidang!

okay, siap selamat mencuba

Good Luck!


1 comment :

  1. InsyaAllah kalau sempat, nak juga buat ni untuk makan reunion kawan sekolah Sabtu ni.

    ReplyDelete

click me!