Thursday, May 21, 2015

Resepi Kuih Kasturi

Assalamualaikum,..


dan hai,..


Actually my husband brought back a large plastic case around 2-3 kilograms of Mung bean or Kacang hijau. As my previous project on growing taugeh is UNSUCCESSFUL. haha.. okay, it's a lame!

Sprouting mung beans it's easy but, I just don't know why it couldn't grows more and sprout. it's just dead! kesian juga rasanya. Teruk pun ada disebabkan ini projek Sains darjah 4 agaknya.. tak ingat dah.. haha..

**kecewa disitu**

Alkisah bagaimana sebungkus kacang hijau dibawa pulang yang transform jadi kuih kasturi.

hihi

Resepi asal dari Kak Noor, biasalah kan, jarang-jarang post blog buat jalan-jalan ziarah ke rumah kawan-kawan. hihi.

Habis pun kuih ni, buat frozen je, mudah nak bagi husband bawak bekal share dengan kawan sekerja. Kagum juga bila mat saleh pun pandai makan, hahaha..


Kuih Kasturi a.k.a Kuih Rengas (kacang hijau)

Sumber : Bicara Kak Noor (SINI)





Bahan-bahan Inti :

2       cawan    kacang hijau (direndam selama 1-2 jam)
1 ½   cawan   gula pasir
1       sdt         garam
3       sdb        tepung gandum
 Air untuk merebus

Cara-cara
1)  Rebus kacang hijau yang telah direndam terlebih dahulu, rebus hingga kacang lembut.
2)  Masukkan gula pasir dan garam, dan kacau hingga air kacang berkurangan. Kemudian masukkan tepung gandum. Kacau hingga adunan menjadi paste pekat dan keluar bubble pertama padam api. Biarkan sejuk.
3)  Bentukkan inti macam gambar di atas, atau bentuk ikut suka.

Nota: saya buat dalam ¾ sudu makan. Gemuk juga hasilnya.. hahaha.. Untuk 2 cawan saya dapat 45 biji ngam ngam sui~


Bahan-bahan untuk gorengan bersalut:

1   cawan   Tepung Gandum
½  sdb        Tepung beras
½  sdb        planta
secubit garam
1  sdt         gula
½ sdt         serbuk kunyit
1  cawan   air sejuk
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1) Panaskan minyak terlebih dahulu.
2) Bancuh semua bahan kering dan planta secara sekata. Kemudian masukkan air sejuk ½ cawan air sejuk terlebih dahulu. Kita kawal kelikatan bancuhan tepung tu. Agak-agak pekat juga macam nak goreng tempura konsep dia, haha
3) Celup bahagian inti kedalam bancuhan tepung dan goreng.
4) Goreng setengah masak macam gambar di bawah untuk difrozenkan kan. 4-5 Ketul goreng sampai masak untuk kudapan berdua.. hehehe



Selamat mencuba,

Good luck!


No comments :

Post a Comment

click me!