Pages

Akhirnya.. keluar juga~

Friday, May 22, 2015

Assalamualaikum,..


dan hai!


Bukan senyap saja, post kuih kasturi pun tak tahu berapa lama yang dok peram sampai kuih kasturi pun lama dah habis, hihi.

Untuk hari Jumaat ni, kita sejukkan mata dengan terapi pokok tanaman kebun sekangkang kera saya di mahligai awan biru. Hebat kan?! Di awan biru pun pokok pun boleh hidup tau.. hahaha..

Jom layan gambar ciput je, ingat dah ada banyak gambar masuk ke dalam PC, bila nak upload jadi 2 keping je, sabar ye kengkawan.. Saya jamu dua gambar ni saja dulu..



Anak pokok Sawi
 Anak pokok sawi ni disemai lepas kecewa kat pasar tiada sayur sawi segar. Sayur sawi yang ada pun kelayuan. Tak padan nak beli, bila beli jadi kekuningan lepas 2-3 hari.. haha

Ingatkan tak menjadi, disebabkan saya cuba semai benih pokok kucai tak naik langsung, rasanya kena cuba juga cara macam nak semai pokok sawi macam gambar di atas tu. Mungkin berjaya hasilkan pokok kucai!


Anak Pokok Lemon
Alhamdulillah, rasa teruja bila anak biji benih buah lemon ni berjaya sprouting, teruja sebab proses scratch from basic, peringkat germination tu paling sabar sangat² tau.. haha.. Cara-cara nak sprouting biji lemon tu kalau saya rajin saya share untuk post berikutnya.. Kalau tak sabar nak tunggu saya yang macam siput ni boleh google di Youtube ada banyak cara. keywords dia.. How to Grow Lemon Tree from Seed..

Kalau berjaya jadi anak pokok nanti, insyaAllah nak bawa balik ke semenanjung, bagi pindahkan ke tanah yang lebih sihat. Boleh kongsi juga dengan jiran tetangga.. Hihi.. Boleh juga raksasa kecik di Nilai makan buah lemon! haha.. **Anak buah saya la tu, taktahulah genetik dari mana yang boleh petik buah limau kasturi/limau sambal, dia makan terus! haha.. kalau saya dah menggeletis kenyit mata sebab masam ya ampun!

I'm not a fan of sour, less interest on jeruk thingy and everything bout sour things. Tapi anak-anak buah ni sakan.. haha.. sama macam pakcik dia, which is my husband. :P

Rindu pula dengan keletah diorang tu.

Sekian dari saya di seberang laut yang berada di awang-awangan.. ihihi..

P.s Salam Syaaban, insyaAllah moga kita semua selamat sampai ke Ramadhan Kareem, jangan lupa surah al-Kafh pagi ni ya! :D


No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS