Thursday, January 1, 2015

Why must Keria's Addict?

Salam dan hai,

*scheduled post*





Saya decide untuk post bila hari pertama untuk tahun depan. Resolusi? still continue yang lepas-lepas punya. hehe.

Sebelum ni, saya buat blog baru dari blog pre-kahwin ke blog post-kahwin. Memandangkan header blog dulu yang post-kahwin tu agak poyo. Sendiri dengar pun malu bila orang tanya. Untuk permulaan tahun baru ni, Kita buat sejarah baru untuk blog ni ya.

Lepas kahwin ni, blog ni pun just tinggal tempat untuk ada masa terluang dan ada rasa mood baik nak share je ada entry. Rasa tak best pulak macam tu. Bila decide nak ubah tu, terus ubah dangan layout sekali, nama blog dan header pun bertukar.

Alkisahnya, saya seperti orang lain juga ada makanan kesukaan, faveret tu xda lah sangat, tapi kalau jumpa tu memang teruja! Agak kecewa bila sesetengah gerai yang jual keria tepung ni. Berniaga nak untung saja, keberkatan nak jual bagi orang makan tu takda!


Homemade keria, puas hati!


Dari minat yang jadi kesukaan tu, adalah idea untuk buat blog Keria's Addict ni. Kuih keria ni biasanya dari ubi keledek, kalau kat labuan ni orang sini panggil ubi manis. Gerai kuih yang jual keria ni, tengok pun tak terasa terliur, hodoh rupanya. *sedih*

Bila dah teringin tu, tiap minggu pergi pantau harga ubi kedek kat pasar baru tu atau di pasar tani Labuan Walk. Gigihkan. Sekarang ni mungkin musim ubi kurang, kemain bahal lagi jual, biasa boleh dapat dalam sekilo RM3, tapi rata-rata yang jual tu RM5. *pengsan* jadi, kita lap ayaq lioq dulu..

Maaflah, boleh cerita pasal mengidam kuih keria ni. Bila berada di perantauan yang kononnya lah kan. Terpaksalah gigih cari dan buat sendiri. Resepi saya akan share kemudian, tunggu dapat beli ubi keledek saya share.

Jangan tak tahu, ubi keledek ini juga antara makanan jenis berangin! Confirm lepas makan tu akan jadi terken*** aje! haha! Macam saya yang suka sangat keria ni pun terpaksa limit juga makan nya. Kalau nak makan tu goreng cukup untuk laki bini. Yang lebih tu goreng separuh masak and frozenkan. Jadilah makanan express di kala tetamu datang ye tak? *habis buat teatime aje*

Cukup sampai sini, sejarah penerbitan blog Keria's Addict. hihi. Suatu yang bermakna bagi pihak saya sebagai penulis tetap disini. Rasa terharu pulak, bila fikir, ada ke yang nak baca? Kalau tak baca pun, rajinkanlah klik ikan nuffnang tu! *wink*

Mulanya terfikir untuk proses TTC saya, guidebook masakan saya atau experiment mengarut saya tu. Tapi insyaAllah satu-satu lah dibuatnya. 

Doakan saya terus sihat, dimurahkan rezeki, diberikan zuriat yang soleh solehah dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah Taala. Amin ya Rabbal Al Amin.


1 comment :

  1. hi jazzera.. nanie here. salam ukhuwah dari IG ke blog :)

    ReplyDelete

click me!