Salam dan hai!
Baru sedar bila dah bertahun asyik hilang saja, rupanya memang lupa! haha.. Memang saya lupa nak berblog, ampun dipinta!
Tapi buat yang komited tu, insyaAllah sedaya upaya juga akan update, malahan kerjaya buat mereka! syabas!
Kali ni, saya nak share resepi Buttermilk Chicken, atau ayam yogurt,.. nama pun kenalah gempak sedikit, sedap dibakar atau pan-fried. Ala sihat juga menunya pun. hehe
Kebiasaanya untuk hidangan malam, saya sediakan awal untuk perapan 5-8 jam, kalau buat waktu pagi tu, petang dah sedia untuk dimasak!
Resepi Buttermilk Chicken (Mild Spicy)
Waktu penyediaan : 8 jam
Hidangan : 4-6 orang
Hidangan : 4-6 orang
Bahan Perapan :
6-8 pcs( 1kg) Kepingan dada ayam *yang sudah dibersihkan
1/2 cawan Susu *sy guna Full Cream
1/2 biji Lemon *ambil perahan jus sahaja
1/2 sudu teh Lada Hitam
1/2 sudu teh Lada putih
1/2 sudu teh Serbuk Paprika
1 sudu teh Garam
Cara :
1. Sediakan buttermilk/yogurt buatan sendiri dengan campuran perahan jus lemon ke dalam cawan susu.
2. Dalam bekas untuk perapan, masukkan campuran buutermilk ke dalam mangkuk, kemudian masukkan lada hitam, lada putih, serbuk paprika dan garam. Kacau hingga sebati.
3. Masukkan ayam, dan ratakan seluruh bahagian dada ayam agar bahan perapan dapat menyerap dengan lebih sekata.
4. Lindung bahagian bekas untuk perapan dengan plastic wrap.
5. Simpan dalam peti sejuk selama 5-8 jam.
6. Waktu menggoreng atau bakar dalam ketuhar, keluarkan perapan ayam dan sediakan bread crumbs.
7. Golekkan ketulan ayam satu per satu, ( cara macam kita mandikan, ambil serbuk tu just tabur atas ayam, bagi semua bahagian ayam dilitupi).
8. Letakkan atas dulang pembakar yang di alas dengan Aluminium foil atau baking paper. Panaskan oven dalam 200° C selama 20 minit sehingga keperangan.
9. Lebihan ketulan ayam yang sudah disalut bread crumbs boleh di frozen kan, kalau ada hari tak berapa rajin boleh terus goreng atau baked lepas defrost. Jimat masa di situ!
Siap dibakar! |
Ok siap! mudah ja.. :) Selamat Mencuba..
Good luck!
No comments:
Post a Comment