Gimik? hehe.. nama mesti nak up, bila orang tanya, apa tu halibut, well.. Nama melayu dia, Ikan Sebelah, sejarah dia dari Nabi Musa A.S makan ikan ni di bahagian putih (sekarang), tinggallah sebahagian di sebelah untuk simpanan ( belah hitam sekarang). Lalu, Nabi Musa A.S pun tertido, ikan yg dimakan bahagian sebelah tu saja diniatkan nak makan pada waktu esok. Kuasa Allah Taala, ikan sebelah yang telah pun dimakan Nabi Musa sebelahnya tu hidup dan melompat masuk ke air, bahagian dimakan tu tertutup penuh jadinya yang putih la kalau korang kenal la sekarang ni.
haa.. tu la sejarah sikit pasal ikan sebelah ni, kalau kita tengok video youtube cari kata nama Halibut, omputeh punya size, hamikk.. memang panjang sedepa.. tapi kat Malaysia ni size memang ciput ja. Mungkin kelahiran asia ikan sebelah ni, jadinya yang tinggal pun anak cucu, yang dewasa berhijrah ke barat kekdahnya.. tak gitu? gurau saja!
yang ini bukan masakan terbaru sangat, tapi dua minggu lepas, kiranya musim hari raya. Tak tahu nak masak apa. Dalam peti ais pula ada ikan sebelah saiz besar lengan kita, berat dalam sekilo lebih. Pagi tu da bawa keluar dari freezer, tunggu defrost, tengahari dah boleh masak.
Hasil goog-ley pula banyak cari di laman Yummly, keyword Halibut. So ada banyak resepi dari sana, ringkasan pelbagai laman, tapi boleh cari di Yummly, sebabnya dia macam direktori camtu la. Sebenarnya sudah lama teringin mahu makan di Manhattan's Fish Market, tapi kesibukan saja, ni bila dah berada di tempat semuanya tiada, jadinya, pasrah saja kena buat sendiri. huhu.
Cumanya, proses saya buat ni dari seekor ikan yang sudah dicuci oleh suami, hehe. tapi stil sebesar lengan macam tu, apa yang saya buat, cuba cari video di youtube macam mna cara nak filleting ikan sebelah ni, ada pelbagai carai basically memang sama je, depa ni memang ambil bahagian isi semata-mata.
Untuk ikan seberat sekilo lebih, pecahan fillet tu akan dapat 4 keping, yg isi tebal 2 keping dan nipis sikit 2 keping. Bajet nak makan berapa orang dulu, kalau 5-6 orang boleh guna semua kalau 2-3 orang dan makan sampai esok pun ambil fillet 2 keping saja, ikut banyak mana nak makan. :)
Bahan- bahan mudah diperoleh, lagipun, memang sudah sedia ada di dapur, tinggal kerajinan nak explore menu baru saja. jangan meleleh air liur pula, cuba dulu baru adjust. Resepi asalnya tu banyak diolah, almaklumlah, omputeh ni biasa makan raw saja. janji ada rasa pedas dan masin, dah kira okla tu, kalau kita, rasa macam blen da gitu. tekak melayu katakan!
Resepi :
1-2 keping ikan sebelah ( potong 3-4 inci panjang)
2 tsp olive oil
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 tbs jus limau kasturi
1/2 tsp mixed herbs
1/2 tsp serbuk lada hitam
1/2 keping bay leaf
100ml tomato tin, **kalau tomato puree, 4tbs**
1 cawan stok ikan
garam secukup rasa
Daun ketumbar sebagai hiasan
Cara :
1. Gaulkan kepingan ikan dengan 1/2 tsp serbuk lada hitam, perasakan dengan sedikit garam. Biarkan.
2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dihiris dengan minyak zaitun. Hingga naik bau.
3. Masukkan tomato puree yang telah diblend dengan 1/4 cawan stok ikan, biar mendidih dan masukkan bay leaf, serbuk mixed herbs dan sedikit lada hitam.
4. Mendidih elok, masukkan jus limau kasturi, lebihan stok ikan. biar mendidih baru perasakan sedikit garam dan gula.
5. kalau suka, bleh masukkan sedikit hirisan daun ketumbar dan daun sup.
6. Kuah pekat sedikit. matikan api.
7. Sediakan loyang untuk membakar dalam ketuhar dipanaskan dengan suhu 200 darjah celcius selama 10 minit.
8. Fillet ikan yang sudah diperap dengan lada hitam dan garam disusun dalam loyang, dan dilapisi dengan kuah tumis. taburkan sedikit daun ketumbar.
9. Bakar dalam masa 15 minit atau hingga masak. Sedia dimakan panas.
Nota:
- Masakan sedikit masam, ikut selera dengan mengawal kemasaman dengan jus limau dan selama mana daun bay dibiarkan.
- Fillet ikan ini boleh diganti dengan pelbagai isi ikan jenis putih.
- Tulang ikan direbus untuk dapatkan stok ikan
- Boleh dimasak bersama sayur seperti lobak merah, celery etc.
After baked in the oven |
Happy cooking!