Sunday, March 10, 2013

Syukur

Salam dan hai..

Tamak dan haloba memang tak dapat nak dipisahkan. Siapa saya nak meneka hati orang macam mana. Menudingla jari ke diri sendiri. Pandangla diri sendiri.

Dari perlakuan itu kita boleh baiki diri. Sedar diri. Matlamatnya biar melihat buruk sendiri jangan jadi pepatah Melayu paku dulang paku serpih, mengata orang dia lebih.

Ya, manusia ni sifatnya memang tak pernah cukup. Memang sifatnya berminta-minta.

Tahun ni saya biasa2 saja. Tak berapa nak menghebahkan diri. Saya pemalu. My old trend of myself is totally different.  Syukur..

At the age of 25 will commence esok, I am blessed enough with what I have now. A part timer housewife,  a not so fully time blogger and fulltime of phone addict.

Alhamdulillah.. day by day, saya cuba belajar mengenal diri. Cuba perbaiki diri. Sedaya upaya saya bersyukur dengan nikmat dan kurniaan Allah.

Dia saja boleh berikan nikmat dan rezeki yang kita dapat rasakan dan dia saja boleh menariknya bila2 masa pun. Beringatlah dan bersyukur.

Ini bukan entry pasrah saya. Juga bukan entry mengalah. Allah tak sukakan seseorang tu putus harapan dan tidak berusaha.

Tujuannya, peringatan diri sndiri biar saya tidak leka, tidak taksub dengan duniawi.

Ingatkanlah,
Kalau aku leka dan jahil
Kalau aku tidak memandang ke bawah
Kalau aku bersenang-lenang
Kalau aku bersedih
Kalau aku berduka

Saya biasa saja, bukan seorang yang kaya raya tapi seorang yang miskin. Masih berusaha untuk mencari ilmu di dada.

Bersyukurlah..

No comments :

Post a Comment

click me!