Pages

Doubt sss

Thursday, March 7, 2013

Salam dan hai,

Berkurun juga nak ambil mood untuk kembali aktif berblog. Bila rasa free, ada saja kerja yang buat lupa nak teruskan niat berblog.

Niat hati di entry lepas nak cerita TTC, rasanya mesti ada yang tahu maksud TTC tu. Almaklumlah banyak sangat short terms yg digunakan. Kekadang tu memang nganga juga..

Trying to conceive, itu adalah nama penuh untuk TTC.

Doubts saya untuk waktu petang begini, memang banyak yang nak dipersoalkan dan dibincangkan.

Produk kesuburan. Bila jengah saja di facebook confirm memang berpuluh iklan tentang kesuburan. Tapi paling banyak tu ialah slimming product.

My consideration now on these products;  Shake lee, Biodex, and the cheaper is on traditional Jamu Susuk Dara *yang ni famous sbb kena internal part which akan keluarkan bendasing dalam rumah kita*

So, I had few discussions with my SIL which she recommends to consume on Biodex. What say you? Or anything else?

Secondly,  Fertility Centre. Selama ini saya ada juga beberapa kali pergi checkup dengan doctor. Di mana bukan sekali dua ia berlaku tapi banyak kali juga. Sigh. Bilamana saya rasa risau bila ketiadaan missP dengan kadar segera saya ke klinik untuk pemeriksaan.

Pada waktu sekarang memang agak *malas* mahu menjejakkan kaki. Bila buat checkup hanya UPT test dan scan. Itu berlaku setiap kali ke klinik. Sigh. Akhirnya memang tiada apa berlaku dan ubat turun darah atau hormon saja diberi atau saya pun tak tau apa nama ubat tu.

Bila waktu begini saya mahukan pemeriksaan menyeluruh, kalau boleh. Mestilah ada blood test untuk tahu paras hormon kita. Betul? Cumanya. Pengetahuan cetek saya. Saya masih perlukan guide dalam menjejak proses kesuburan.

Dimana, siapa, rating of succeed dan kos perubatan. Keliru juga saya tak tahu average harga. Bagaimana  proses dan cara mengendalikannya and etc etc etc. I'm blur on it.

Ini adalah langkah awal saya. Samada guna produk kesihatan untuk kesuburan atau menjalani pemeriksaan dan menjalani program kesuburan.

What say you?

º_º

No comments:

Post a Comment

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS