Thursday, April 30, 2015

Halal Japanese Food supply..

Assalamualaikum,..

dan hai jugak!

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya yang setakat ini kita masih mampu bernafas, mampu melihat, mampu otak berfungsi. Banyakkan?

Okay kali ni nak cerita tentang Halal Japanese Food supply kat Malaysia ni, mungkin sebahagian anda dah familiar dan dah jadi pelanggan tetap. Tapi buat mereka yang tak tahu lagi saya share la kotla mengidam macam saya yang tetiba dari west to east pulak kan, menu of the day boleh turns 90 degrees.. haha.

Website/ blogger Rai Ourkizuna { SINI }, macam mana boleh jumpa? hasil google mengoogle berbulan jugakla, sebab kebanyakan makanan mentah boleh cari kat jusco, tapi bila di Labuan ni, celah mana nak cari bahan-bahannya ye dak? Everything bout japanese kak Rai ni ada jual dari Miso paste ke barang nak buat takoyaki or tako-tako.. Boleh visit ye.

My first buy, was miso paste with wakame and dashi. And kak Rai akan guide kita sesikit kalau kita tak kenal bahan apabenda yang kita beli tu, or refer je di blog beliau, resepi pelbagai jenis yang kak Rai dah pernah try buat.

Next is, nuku.nuku kedai online di Instagram atau IG Shop. Ada ready stocks in Malaysia dan ada yang direct shipping all the way from Japan! fresh from kedai gitu.. SO apa kedai ni jual?

Ada macam-macam dari miso paste juga, dari alatan bento, dan everything that you craze of japan stuff like washi tapes, and into quite cheap baking product like bannet basket for bread making.

Reviews dua-dua pun okay, seller pun peramah dan mudah berurusan. Yang penting mereka boleh baca ingredients dan halal. Owh ya, shipping mereka pun agak cepat! Puas hati lah!

Jadi ini yang saya beli di nuku.nuku memandangkan saya ada berkilo beras sushi yang nak kasi settle! Bento untuk husband.. simple je, buat onigiri or nasi bungkus.. aahh.. rindu japan!




p.s Selamat Berhujung minggu, panjang weekend ni, apa plan anda semua? Kami bertapa saja di pulau ni.. haha


2 comments :

  1. Kalau tak silap Tukang kebun nukunuku branch Jepun tu macam junior dulu sama belajar uni kat Jepun.
    Dekat Labuan takde jusco lagi ya.
    Biasa kami beli dekat jusco atau restoran jepun zanmai untuk bahan makanan Jepun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebetulan pula ya, saya cuba-cuba saja..
      saya rasa borneo belum ada jusco lg, hihi.. online je dulu skrg ni..

      Delete

click me!