Pages

Resepi Asam Pedas Untuk Dia...

Tuesday, March 3, 2015

Assalamualaikum

dan hai,..

Sekarang ni mesti tengah trend asam pedas, lol!

XXX ini bukan promosi drama Asam Pedas Untuk Dia XXX

As a Johorean katakan, asam pedas ni tak lari mana dengan melaka. Makanan faveret kot. Tapi jangan tak tahu, ramai juga yang tak boleh nak masak ikut piawaian sendiri macam kat kedai, slurpp. Kecewa kan?

Haha.

Saya pun macam tu jugak dulu, bukan pandai masak, pelbagai blog dan resepi, tips lagi nak bagi masakan asam pedas tu sedap dan ummpphh! Yang penting kuah tu jadi pekat, sedaaapppnya.. *exaggerate* sikit.. Biasa yang jadi rujukan tu blog Che Mat Gebu dan kak Ita. Dah lelama tu pandai sendiri la kan nak ejas nye..

Asam pedas pun antara menu wajib kami di sini, selain Kari Ikan versi Utara, versi utara siap bagai kan? hehe. Cikgu asal yang ajar ni orang utara, jadinya pandaila jugak masak kari ikan versi utara gitu!

Kebetulan dalam minggu lepas, encik K bawa balik Ikan Mayong. Bila kat Labuan ni, saiz tu memang besar sangatlah, dalam 2-3kg seekor utk yg kecil ye, yang besar tu adalah dalam 8-10 Kg. Biasanya yang dapat tangkap dalam saiz kecil kategori 2-3kg untuk yang rajin pergi memancing.

p.s Orang Labuan tak makan ikan mayong ni, jadi kt sini, ikan tu jual murah, sekilo RM4 atau bagi saja sapa yang nak. Alhamdulillah.

Ikan mayong ni, mudah saja nak cuci, tapi leceh sebab besar sangat. Yang pastinya yang jadi tukang siang tu encik K. Hihi. Saya masak je takda masalah, just say it bebehh!

Oklah, panjang cerita sudah. Mari saya share resepi Asam Pedas Mudah Confirm jadi. Haha.





Resepi Asam Pedas Dengan Ikan Mayong


Ikan Mayong 1kg
Bendi
Terung
Bunga Kantan
Daun Kesum


Bahan Blend

1/2        labu bawang besar
7-8        labu bawang merah
4-5        ulas bawang putih
1           biji tomato (1/2 biji kalau masak sikit)
1"          belacan bakar
1"          kunyit hidup @ 1/2 tsp serbuk kunyit
1/2 tsp   pes asam jawa Adabi
2    tsp   Garam
1/2 tsp   Gula
sedikit air dan minyak untuk blend


Bahan Tumis

1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 tsp biji Halba

Cara Memasak

1. Cuci bersih ikan, dan toskan. Panaskan minyak.
2. Bahan blend perlu dikisar untuk ditumis hingga masak.
3. Minyak sudah dalam keadaan panas, tumis hirisan bawang besar. Kemudian biji halba, tumis hingga naik bau dan masukkan bahan blend tadi.
4. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan bahagian kepala dahulu dan bunga kantan. Masukkan juga kepingan isi ikan Mayong.
5. Bahan yang ditumis telah masak elok dan pecah minyak, ikan pula sudah separuh masak. Masukkan pula 1/2 cawan air (ikut nak kuah cair atau pekat) dan terung jika ada.
6. Bila sudah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Didih selama 2-3 minit. Tutup api.
7. Sedia dimakan dengan nasi panas, telur dadar goreng dan sayur taugeh goreng.


Good Luck!

p.s I miss lontong, nasi kerabu, pasembor, nasi kandar.. so many on the list!


2 comments:

  1. Setiap kali i buat asam pedas mesti failed :'(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mudah je, InsyaAllah menjadi.. Praktis makes perfect gitu! selamat mencuba :)

      Delete

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS