Perkara yang paling seronok di Labuan ni adalah makanan laut, where I call it "Seafood's Heaven!". Masyuk sangat bab makanan laut saja, yang lain tu nan hadoo.
X___X
Kebanyakan penduduk di Labuan ni bercampur, yang penduduk asal tu memang dari Brunei, tapi ramai juga yang dari Filipina, Sabah dan Semenanjung. So ada pelbagai versi makanan yang ada di Labuan ni. Tinggal berani atau tak ja nak cubanya!
Bekalan makanan ada masanya agak terhad, kalau ada pun memang jauh dari standard rasa encik K *doink doink*. Bila teringin tu, memang mula la macam² eksperimennya.
Kali ni nak kongsi resepi cara buat fishballs, kalau buat sendiri ni lebih terjamin ye dak? Haritu ada rezeki lebih, kami ada ikan tenggiri seekor saiz besar jugalah. Boleh buat makan seminggu! Ada hari plan nak masak sup ikan, kita buat sekali fish cake ni, air rebusan tu buat stock sup ikan.
Sumber asal dari few bloggers, ampun ya sebab tak bagi kredit, saya tak ingat dari mana.
Resepi : Homemade Fishballs
Bahan :
- 2 keping Isi Ikan tenggiri
- 2 sudu besar tepung jagung
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh minyak
Cara :
+ Kalau ada food processor boleh masukkan semua bahan di atas ke dalam processor, dan siap!
+ Untuk yang serba tak ada alatan ni, boleh asingkan tulang terlebih dahulu. Kemudian tumbuk hingga isi ikan betul² jadi lumat.
+ Dalam mangkuk, boleh masukkan kesemua bahan seperti garam, minyak dan tepung. Jangan lupa isi ikannya sekali ye.
+ Gaul rata adunan agar semua bahagian isi ikan tu bercampur. Tak nak jadi ada yang tepung lebih atau isi lebih, yang tak best ada bahagian yang masin terlebih.
+ Bulatkan adunan isi ikan tu, nak fish ball atau fish cakes, kalau fish cakes, saya belum habes menuntut lagi, jadi kita buat fish ball la ya. *laugh*
+ Bila dah siap buat bulat² tu, air pun dah mendidih. Boleh masukkan semua fishballs tu dalam air rebusan, kacau tolak² gitu ja. Tanda fishballs ni dah masak bila ada yang dah mula terapung. Pastu boleh angkat dan ditoskan.
+ Kemudian, fishballs ready untuk disimpan beku atau boleh guna terus. Saya simpan dulu, esok lusa nak masak bihun ke, tomyam ke, dah boleh guna. Air rebusan ni saya nak buat sup ikan.
ok, terima kasih sebab sudi baca.
^___^
No comments:
Post a Comment