Pages

Halibut's fried with Honey Glazed

Saturday, February 7, 2015

Assalamualaikum dan hai,

Happy weekend ya'lls!









Fuhh, gigih nak perabiskan ikan sebelah ni. Pelbagai jenis masakan nak cuba, gigih.. gigih..

Masa tenung last pack fillet ikan sebelah ni, terfikir nak masak buat sup ikan, memandangkan tulang ikan sebelah dari lebihan buat fillet tu ada lagi. Sayang pula rasa nak buang macam tu saja. Kita rebus dan buat sup, ada juga perasa aslinya juga nanti.

Tengahari cik abang message, katanya taknak makan yang berkuah, masak kering-kering saja. Tetiba teringat juga resepi fish N chips tu, tapi rasa nak buat lebih mudah sebab nak makan dengan nasi. Batter pun nak kena improve dari yang lama yang tak berapa nak menjadi.

Kalini saya rasa berjaya jugalah, sebab satu bahan campuran saja yang buat batter tak menjadi. hihi. Resepi biasa saja, cuma kepingan fillet saya potong dalam bentuk bite size, dan cara gorengan sama macam fish N chips beza nya bancuhan batter tu saya tak letak telur. Telur saja rahsianya, hihi. Resepi Fish N Chips batter ada SINI






Halibut's Fried with Honey Glazed


1 ekor  ikan sebelah (fillet - potong dalam kepingan kecil )
** Salut tepung dan celup dalam batter dan goreng deep fry. ( Tak deep fry pun takpa, goreng macam cekodok pun okay )



Honey Glazed

1/2 Labu bawang besar India (dipotong dadu)
2 batang  cili padi (potong kecil)
1 tbs        sos cili thai
3-4 tbs     madu
sedikit garam sebagai pelengkap rasa.

Cara
1. Panaskan minyak untuk menumis bawang dan cili padi.
2. Masukkan sos cili thai, masak hingga sedikit garing. Kemudian masukkan madu dan sedikit garam.
3. Masak sehingga berbuih, masukkan kepingan fillet yang telah sejuk. Gaul hingga sebati dan matikan api.
4. Sedia untuk dihidang. Sedap dimakan waktu panas.

Mudah saja resepi ni, ilham daripada mimpi katanya. haha. Malam tadi ini saja menu kami, menu mudah sebab dok nak perabis makanan dalam peti.

Soon will be lamb chop and pizza recipes, good for me to keep in freezer for lamb chops and pizza for a quick (not really actually!).

ok, selamat mencuba.


Good Luck!

P/s : ppssstt, anda pengguna Sony Xperia? 20% Off storewide discount at LUXOLA with following code : SONYLX15 , hurry up ladies, till Feb 28th!

#recipes #fish #LUXOLA #onlineshopping #makeup


Kerapu Masam Manis

Tuesday, February 3, 2015

Salam dan hai,











Hari minggu yang sibuk. *cliche*

Alkisah last minute plan nak ke Kota Kinabalu cancel atas sebab musabab yang tak dapat dielakkan. More bonding time with husband around the city of Labuan again. Just walking around, looking out some stores, or hotel if needed.

Dalam masa yang sama, lots of recipe I wanted to share here, maaf la ye, belum kesempatan. As I find it quite hard to gather the strength. haha.

Jadinya, Ahad lepas menunya biasa saja, tapi disebabkan ikan kerapu hasil pemberian rakan kerja suami lama sudah dalam peti tu, terpaksa jugalah masaknya. Lama sangat dalam peti nanti dah tak manis rasa isinya. Rugi kan?

Ini ikan kerapu kedua saya, kali pertama nak menyiang dia tu siap whatsapp family members, macam mana nak siang n cuci. haha. NOOB. biasalah kan! jari tertusuk duri tu tak payah cakap la, but I set it on how to cut clean. hehe. Macam kat kedai biasanya belah tengah, dan sisik pula tidak dibersihkan just buang bahagian sirip dan perut. Dah siap tu, cuci bersih, rendam sekejap dengan air campur limau kasturi dan garam, saya suka tambah sikit cuka epal.

Mudah je cara nak masak, jom kita tengok resepinya,..





Kerapu Masam Manis

p.s resepi mudah tidak menggunakan cili giling

Bahan

Ikan Kerapu ~ disiang dan dibersihkan
Serbuk Kunyit
Garam
1/2 tbs tepung jagung
Minyak untuk menggoreng

Cara

1. Ikan kerapu dikelar-kelar terlebih dahulu.
2. Bahagian ikan digaul dengan sedikit serbuk kunyit dan garam.
3. Tepung jagung dilumur pada bahagian ikan yang sudah digaul dengan kunyit dan garam.
4. Goreng ikan cara macam biasa atau deepfry.

tips: Lebih garing lagi sedap, api tak terlalu besar tak terlalu kecil. Sedikit overcooked tapi tak hangit. hehe


Kuah Masam Manis

Bahan

1/2 labu   Bawang besar
2    tbs     Sos Tomato
1    tbs     Sos cili
Garam dan Gula sebagai perasa
Optional : potongan lobak merah, lada benggala dan nanas

Cara
1. Tumis bawang besar hingga layu.
2. Masukkan campuran sos cili dan tomato. Masak sehingga sedikit garing.
3. Masukkan sayuran optional, dan sedikit air jika terlalu pekat.
4. Bila mendidih, tambah sedikit garam dan gula sebagai pelengkap rasa.
5. Sedia dihidang dengan tuang ke atas ikan yang telah digoreng terlebih dahulu.

p.s boleh tambahkan daun sup sebagai hiasan.

Mudah saja kan? kalini saya tak guna cili giling untuk menumis, disebabkan saya memang terlupa! da masuk air baru teringat bekas cili giling kt sebelah dapur tu! haha.

Okey, selamat mencuba.


Good Luck!


Fish N' Chips Night

Tuesday, January 20, 2015

Salam dan hai,









Minggu lepas, setelah sekian lama kami kehabisan bekalan makanan laut, Encik suami bawa pulang satu plastik besar! haa.. kali ni memang penuh satu peti ais kami. Penuh bahagian tang kami punya saja lah.

Ada sikit ketam, udang dan sotong. Mungkin high season kt Labuan ni, ikan kembung atau kt sini panggil ikan rumahan tak banyak ditangkap. Ikan cencaru pun tak ada juga. Bila teringin nak makan ikan bakar, dan dan je tak ada. Sabar aje lah labu!

Jadinya, terasa nak makan benda yang mudah dan pantas dan tak berapa nak healthy! hehe.. Fish N Chips versi sendiri. Ikan saya tak guna frozen ikan dory yang mudah nak dapat kt kedai. Kebetulan musim ikan sebelah atau Halibut besar-besar tapak tangan. Kira oklah tu.

Ada 3 ekor ikan saiz tapak tangan gajah saya. hihi. Saya fillet kan ikan sebelah tu, nak dapatkan isi dia ja. Banyak kali juga belajar nak fillet ikan ni. Duduk Labuan ni murah rezeki dengan seafood versi besar-besar belaka. Ambil peluang mem-fillet-kan ikan ni. gambar takda. hehe.

Nak mem-fillet-kan ni kena hati cekal dan perlukan kamikaze! haha.. yang paling penting, pisau kena sentiasa tajam. Lepas fillet satu ikan, terus asah lagi bagi tajam. Kalau kita pergi makan sushi ke sashimi, kan dorang selalu asah pisau je, macam masterpiece la sushi sebiji kecil tu! hihi..

Saya tak pasti orang di Labuan ni mungkin xberapa makan ikan sebelah ni, harga ikan mengikur saiz berbeza tapi dalam kategori murah. Besar macam tapak tangan saya ni, sekilo dalam RM8. Bolehlah nak rasa makan ikan. Yang jadi rebutan ikan kat sini macam, ikan putih (ikan bawal putih) ikan merah, tenggiri dan kerapu. Tapi bila ak masak ikan mayong ke, ikan sebelah ke, makan pulak.. cehh~

Oklah, nak share resepi




Fish N Chips

~ for 2 servings


Batter
1 ekor  fillet ikan halibut (ikan lain pun boleh)
1/4 tsp  lada sulah
1/4 tsp  garam
3 tbs     tepung gandum
1/2 tbs  tepung jagung
1 biji    telor (dipukul)
1/2 cawan air

Cara
1. Keringkan fillet ikan dengan kitchen towels.
2. Salutkan fillet dengan tepung gandum. Ketepikan.
3. Bancuh bahan- bahan di atas kecuali fillet ikan. Kepekatan batter bancuh macam nak buat cekodok/jemput².
4. Panaskan minyak untuk deep fry.
5. Untuk menggoreng, biar minyak panas baru celopkan fillet bersalut tepung sepenuhnya dan goreng!




Tartar sauce
2 tbs         mayonnaise 
1/4 tsp      garam
1/2 clove  chopped red onion
1/2 tsp      parsley
1/2 tbs      lemon juice

Cara
Mix all of it and taste as per you like it!



Chips/ Wedges
2-3        potatoes cut into wedges
1/4 tsp   garam
1/4 tsp   serbuk paprika
1/2 tbs   olive oil/evoo

Cara
1. Rebus kentang separuh masak. Tanda macam warna sekata, lapisan antara kulit dan isi tu sama warna. Toskan.
2. Gaul kentang dengan garam, paprika, dan olive oil. Bakar dalam oven yang dah dipanaskan dalam suhu 180°C hingga masak keemasan.
3. Ready to eat!


Serves tu ikut kreativiti, kalau taknak buat tartar sauce tu, boleh bancuh buat salad kobis. hihi. Mudah ja kalau nak seribu daya, paling penting jimat, sekor ikan ni buat fish N chips boleh makan 2 orang. Harga pun xsampaila RM20. hiihi. Penting lagi, halalan toyyiban!



Good Luck!

p/s : Macam mana ya nak bagi crunchy lagi batter tu? resepi mat saleh guna tepung ubi kayu, boleh ke?


Tips Jimat Belanja 2015

Tuesday, January 13, 2015

Salam dan hai,

Tahun baru azam baru ye dak? hihi.

Rata-rata harga barang dah mula naik, yang ni belum comply GST. Bila dah start GST nanti harga barang biasa saja kan? hihi. Tahniah juga pada pihak Kastam yang bertungkus lumus buat talk untuk GST, banner dan bunting bersepah untuk kesedaran GST yang berkuatkuasa 1 April 2015 ini.

Kali ni ni saya nak share tips jimat saya yang saya rasa tak adalah nak jimat sangat, kalau ada yang boleh share tips korang share la ye. Berdiskusi secara sihat dan membina. Ecehh..







5 Tips Jimat Belanja anda!


1.  Stok simpanan - Haaa.. yang ini memang kita selalu buat, tapi mesti kita selalu longgok je barang lepas beli dari kedai. Sediakan ruang untuk menyimpan barang kering anda tu. Biasanya kita beli masa Sale yang boleh beli dalam kuantiti banyak. Jadi takdalah yang terlepas pandang, atau membazir lagi dengan belian kali kedua.

Yang ini elakkan kita membeli bila dah jadi keperluan segera. Contoh : Kicap atau garam/gula, bila tersorok cari tak jumpa, dah kena beli hanya satu barang saja. Bazir tenaga dan waktu kan?


2.  Bina sistem inventori - Waktu berbelanja memang amat menyeronokkan terutama untuk suri rumah kan? termasuklah saya! Even hanya nak beli barang dapur pun dah cukup bahagia. Untuk membina sistem inventori ni, anda tak payah nak guna komputer bagai. Cukup sekadar penyusunan stok bahan kering.

Tips : Susun mengikut tarikh luput, yang tarikh semakin hampir tu disusun belah atas atau tempat yang mudah di capai.

Contoh :  Tepung, bila tengah nak guna tepung gandum buat cekodok tu tetiba tak cukup, anda pasti ambil capaian yang pantas bukan? Jadi susun bahan yang hampir tarikh luput ke atas

3. Rancang Pembelian - Bila sudah ada sistem inventori versi sendiri tu, kita hanya perlu masuk bilik 'syurga' kita hanya memantau kuantiti barang yang tinggal. Untuk beginner, Grocery List dan To buy List kena ada. Pertama sebab nak elakkan pembaziran, dan kedua kita juga nak pastikan makanan kita sentiasa segar betul tak?

Bila dah terbiasa, list tu dah jadi Grocery list ja. Ia jadi latihan untuk kita tutup nafsu nak shopping benda tak perlu. contoh : Perasa tiruan, lol!

4. Bajet - Yang ini mesti best, sebab boleh berkira-kira kan? lol! Yang ini sekadar memantau perbelanjaan bulanan kita, kadang-kadang xckup bulan lagi dalam dompet ada beberapa not kecil saja! Jadi bajet untuk perbelanjaan dapur hanya nak memantau wang keluar dan elakkan juga pembaziran.

Contoh : Sebulan peruntukkan dalam RM400, Pecahan mingguan, jadi RM100. Bahan basah dan mentah untuk seminggu, pun saya rasa agak mewah juga. Kalau rajin semua jadi ye dak? Cucur bawang pun boleh, kalau malas nganga je la yeh, kecor air liur tengok makanan kt instagram!

Bila dah buat kira-kira ni, makan kat rumah sebenarnya lagi jimat, tambahan korang kena kurangkan penggunaan MSG, yang pelbagai jenama ada sekarang ni nak cukup rasa, eh?! Macam dah berfamily, ikan/ayam goreng, tambah sup sayur sikit dan telor dadar. Mesti tak sampai RM20, kalau makan kat kedai untuk 4 orang makan? itu baru sekali makan dah berapa ye dak?

5. Sale - Menjadi hobi waktu sebelum hujung minggu gitu!

Kebiasaannya saya suka buat survey dulu sebelum nak beli apa-apa ( dah macam cerita extreme couponing!) kalau rajin, singgahan survey saya tu sampai la ke kedai runcit yang biasanya ada buat weekly Sale.

Contoh : Macam pasaraya Giant. Ada jualan bulanan dan jualan mingguan dan juga Harian, rajin-rajin ke website dan hari minggu pun apa kurangnya! Aeon Big pula nak extra bila 28hb setiap bulan, tambahan 5%. Tesco ada juga, tapi anak buah kata hooody, lol!

Barang yang selalu buat stok tu yang tahan lama, macam beras, tepung, sabun etc. Literally yang korang memang akan selalu guna dan cepat habis, contoh kitchen towels dan pampers anak. Di sini, bolehlah buat penjimatan berganda.



Ok, sekian dari saya. Lama juga nak mengarang pasal tips ni rupanya. Yang ini serba sedikit yang saya buat. Ada orang lebih bagus dari ini, dan banyak juga cara nak berjimat selain dari segi perbelanjaan kita. Semua ini terpulang pada perlaksanaan kita dan kreativiti kita.

Saya mengalu-alukan kalau ada komen atau tips lain jangan silu share ye, saya dulukan dengan ucapan terima kasih.


Good Luck!



p.s Masalah nak berjimat dengan canned atau process food, in the end organic and healthy food are expensives than unhealthy. The reality that have to face in Malaysia.


Model My Diet

Sunday, January 11, 2015

Salam dan hai,

I am sure for new resolution for 2015, Diet is one of them, losing some weight or more weight is a must in a to-do list!

Where by years it became so promising using this word as an excuses for having a non-guilty meals, yeahh. The high calories, high carbs where everything is in high risk for our health!

So, today, I want to share with all of you, some apps or website that I accidentally went through Pinterest , which you have target at certain weight to loss with virtual help. Means, there are model simulator for you to monitor your own current shape together with your desire future weight loss.

Model My Diet, I have tried this is perfect to you, as for me yes, hehe. Also, it is not something that you want to see more, and I don't want to see either. haha. For ladies, I am pretty sure this is a sensitive part, so extremely sensitive about weight. Right?

So to keep you in virtue and keep motivating, you have to imagine how you will be in future! No harm and no hard feeling okay?



Model My Diet

This is sample figure that I want to show all of you, not my actual shape okay! haha.. So, you might try this simulator at your own. Sshhh, this is secret between us okay, ladies?

p.s : Losing weight need a faith too, not just courage and determination!


Good Luck!


Chocolate Fudge Brownies!

Friday, January 9, 2015

Salam dan hai,

Clap! as for this is my 100th post for this blog, hurraayy!

I've been trying a lot of brownies recipes sometimes from chocolate cake recipe has became brownies at the end! That was a several failure episodes when I don't have any knowledge in baking, but I do have a passion for baking some cookies and cakes!

The worst part is, I never get lucky when using everything "CHOCOLATE" products as well as I met a failure at the end! I rarely bake anything that connected to chocolate, either cake or brownies but cookies is exceptional. *grin*

Last time, I saw a few of my friends baked some brownies with successfully. So I asked one of them was my Junior in academy, Hidayah, we just never meet but keep a relationship in cyber world is unique. From her, I got to bake my desire brownies, not just okay you can eat, but a perfect way to bake with high scale of success!

My first trial of this recipe not quite a success as I overly cook it in the oven as prolonged the timer to 5 minutes!

Original recipe credited to Hidayah

Chocolate Fudge Brownies

A
170 gram Cooking Chocolate
90 gram Pure butter
30 gram Cocoa powder

B
2 eggs
1 egg yolk
150 gram Castor sugar

C
100 gram Plain Flour
1/2 tsp Baking Powder

D
Walnut, cut into chunks

Methods:
1) Double boiled A till everything was melted and dissolved - put aside
2) Mix B mixture in a bowl and then pour A in it - mix well using spatula.
3) Pour all C, stir it well.
4) Then add in D as per liking, this is optional.
5) Pour all mixture in a 9" x 9" square pans that already lines with baking paper.

Bake at preheated oven at 170°C until it cooks.

I'm glad to have and try this recipe as quite a long time been craving the brownies. After my first trial, today I have some courage for baking it. With the some sources of the recipe, I amend a little bit for perfecting to my liking.

I am a person not really into sugar addicted person, just a mild sweet taste is enough. As I am concern about sugar intake.

In addition, I don't use any scales in my kitchen. I practically and learn to use only a mug or a cup and a tablespoon together with a teaspoon. This practice make my life easier and faster too! but not recommended to OCD's person.

So here is my versions, that I agreed on myself together with our lovely tester, my adorable husband! *laugh*







MY Perfect Succesfully Chocolate Fudgy Brownies with Walnut Recipe


A
170 gram Hershey's Milk Chocolate bar
4 tbs Pure butter
1 tbs Cocoa powder

B
2 eggs
1 egg yolk
1/2 cup sugar

C
3/4 cup Plain Flour
1/2 tsp Baking Powder
* I used 3/4 cup Self-raising Flour

D
Walnut, cut into chunks

Methods are same on above, but my oven did well on 20 minutes of cooking. This might be different with your oven.

My junior sister, Hidayah add a note that all this ingredient to mix are only use spatula and aware for not over stir it.

So here it is, my second trial of this recipe has succeed! You can try it out and will not meet any failure, insyaAllah!







p/s : I should include conversion tables from cup to grams used in baking soon, agree?




Good Luck!

LUXOLA experience

Monday, January 5, 2015

Salam dan hai,

Lanjutan kisah kronik saya yang ada simptom Cheilitis, boleh baca kisah lalu di SINI.

hehe.

Alhamdulillah dengan gembiranya, keadaan bibir saya sudah beransur pulih, in the meantime masih berjaga-jaga dengan pengambilan makanan. Jenis dan bahan apa yang boleh mengakibatkan rasa terbakar pada bahagian bibir sehingga merekah dan pecah, lebih-lebih lagi mudah berdarah!

Bila sakit sangat jadinya macam hari tu, ada juga rasa terdesak, nak nangis pun ya, pening nak cari jenis ubat macam mana dan rawatan mana satu nak guna. Waktu tu mungkin dah habis daya nak cuba produk yang biasa menjadi kegunaan, dan jalan ke doktor pun masih lagi tidak diizinkan Allah Taala (tak tergerak hati nak pergi lagi, last time jumpa ubatnya pun tidak berapa nak berkesan just bagi bonjela dan oral care).

Satu hari, lepas updating blog dan sambil² surfing tu, tersinggah di website LUXOLA. Mesti ada yang dah familiar atau ada yang advance lagi dr saya yang dah jadi pelanggan tetap bukan??

Kalau belum, meh sini saya nak cerita. Unlike other websites more to clothes attire or accesssories, LUXOLA it's a Heaven to all women who can buy anything through your one-click finger! No need to visit Sephora, unless you love to try it out first. Haaa,.. yang ni kalau korang yang berkeadaan macam aku, tinggal di pelosok ceruk tang mana.. hehe.. penyelesaiannya hanya capaian internet lah untuk membeli bagai!


Hari Jumaat lepas, ini yang saya terima...


My first package from LUXOLA


Untuk pengalaman pertama saya di LUXOLA. Saya bagi 3 bintang, untuk Michelin standard, that was a Goddess! ( macam phrase dalam Hundret-foot Journey) *wink*

I suggest you untuk beli time website sale, lucky, saya beli masa year end sale, ada 30% off untuk setiap produk. Disebabkan beli masa nak hujung tahun, New Year dah cuti, saya terima on the 2nd day of January. Quite express I can say, postage by Aramex and sampai sini jadi Nationwide rasanya.. haha

 Jadi, apa yang saya sambar??





























tadaaaa~






So I bought these two products, Dr Lipp Original Nipple Balm for Lips and Dr Hauschka Lip Care Stick. If you had critical symptoms like me, you will bare any cost to have it, where I found it quite expensive. *SIGH* Reviews for these two babies will blog about it very soon, as I am trying out these two product as intensive care! hehe

We will see after a week use, ok darl?




Good Luck!


p/s : A very special day today, Love!



JangMI!

Friday, January 2, 2015

Salam dan hai,

Buku baru tahun ni, mungkin masih lagi ada saki baki cerita yang lalu, buku saja berubah tarikh, tetapi perilaku dan aktivitinya masih sama saja.

Tahun baru di Labuan, tiada apa yang menarik sangat dan aktiviti kami masih seperti biasa.

#bantuanbanjir #prayforpantaitimur



Paling terkesan pada saya adalah cuaca yang tidak menentu. Hujan berterusan dan bah banjir pantai timur. Yang pada saya, kesannya bukan Malaysia saja tapi orang luar turut merasa.

Cuaca di Labuan juga tak terkecuali. Musim Tropical monsoon katanya, dan terbaru adalah Jang-Mi, lebih lanjut boleg google, atau capaian pantas di NASA, Weather (Philipines), melalui artikel mereka, RIbut Jangmi ni tidak akan menuju ke semenanjung Malaysia, namun buat negeri yang bersebelahan dengan Filipina ni masih lagi terasa tempiasnya.

Waktu semalam cuaca mendung sepanjang hari, tiada jengahan terik matahari. Hujan singgah berlalu saja. Malam pula sudah mula tiupan angin kencang sehingga pagi ini di Labuan. Terasa juga gerunnya, lagi-lagi duduk di bangunan pencakar langit. Bagaimana rasa ya kalau berada di tempat penduduk tingkat 17!



Source : Malaysian Meteorological Department

Ianya sudah berlaku, tiupan angin kencang yang kita boleh lihat selaju 50 hingga 60 km/h! Kecut perut juga rasa. Berdoa agar tidak berlanjutan dan tidak memudaratkan.

*tapi.. as I have an eye who have been around for few places, just thought this place was not achieve their INDEPENDENCE! Through their community, public awareness, lifestyle together with behaviour. Hope to see it better soon.

Jadi di Pagi jumaat yang baraqah ni, jangan lupa baca surah al-Kafh ye. *sendiri jugaaa*

Note: Kesal dengan sesetengah pihak






Why must Keria's Addict?

Thursday, January 1, 2015

Salam dan hai,

*scheduled post*





Saya decide untuk post bila hari pertama untuk tahun depan. Resolusi? still continue yang lepas-lepas punya. hehe.

Sebelum ni, saya buat blog baru dari blog pre-kahwin ke blog post-kahwin. Memandangkan header blog dulu yang post-kahwin tu agak poyo. Sendiri dengar pun malu bila orang tanya. Untuk permulaan tahun baru ni, Kita buat sejarah baru untuk blog ni ya.

Lepas kahwin ni, blog ni pun just tinggal tempat untuk ada masa terluang dan ada rasa mood baik nak share je ada entry. Rasa tak best pulak macam tu. Bila decide nak ubah tu, terus ubah dangan layout sekali, nama blog dan header pun bertukar.

Alkisahnya, saya seperti orang lain juga ada makanan kesukaan, faveret tu xda lah sangat, tapi kalau jumpa tu memang teruja! Agak kecewa bila sesetengah gerai yang jual keria tepung ni. Berniaga nak untung saja, keberkatan nak jual bagi orang makan tu takda!


Homemade keria, puas hati!


Dari minat yang jadi kesukaan tu, adalah idea untuk buat blog Keria's Addict ni. Kuih keria ni biasanya dari ubi keledek, kalau kat labuan ni orang sini panggil ubi manis. Gerai kuih yang jual keria ni, tengok pun tak terasa terliur, hodoh rupanya. *sedih*

Bila dah teringin tu, tiap minggu pergi pantau harga ubi kedek kat pasar baru tu atau di pasar tani Labuan Walk. Gigihkan. Sekarang ni mungkin musim ubi kurang, kemain bahal lagi jual, biasa boleh dapat dalam sekilo RM3, tapi rata-rata yang jual tu RM5. *pengsan* jadi, kita lap ayaq lioq dulu..

Maaflah, boleh cerita pasal mengidam kuih keria ni. Bila berada di perantauan yang kononnya lah kan. Terpaksalah gigih cari dan buat sendiri. Resepi saya akan share kemudian, tunggu dapat beli ubi keledek saya share.

Jangan tak tahu, ubi keledek ini juga antara makanan jenis berangin! Confirm lepas makan tu akan jadi terken*** aje! haha! Macam saya yang suka sangat keria ni pun terpaksa limit juga makan nya. Kalau nak makan tu goreng cukup untuk laki bini. Yang lebih tu goreng separuh masak and frozenkan. Jadilah makanan express di kala tetamu datang ye tak? *habis buat teatime aje*

Cukup sampai sini, sejarah penerbitan blog Keria's Addict. hihi. Suatu yang bermakna bagi pihak saya sebagai penulis tetap disini. Rasa terharu pulak, bila fikir, ada ke yang nak baca? Kalau tak baca pun, rajinkanlah klik ikan nuffnang tu! *wink*

Mulanya terfikir untuk proses TTC saya, guidebook masakan saya atau experiment mengarut saya tu. Tapi insyaAllah satu-satu lah dibuatnya. 

Doakan saya terus sihat, dimurahkan rezeki, diberikan zuriat yang soleh solehah dan sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah Allah Taala. Amin ya Rabbal Al Amin.


Hello 2015!

Wednesday, December 31, 2014

Salam dan hai,

Musim Xmas ni, memang menarik dengan sale bagai, yang bagusnya kat Labuan ni tak ada godaan hebat pelbagai sale di pelbagai Mall.. haaa..

yang menariknya bila buka google, homepage google tu, for search kan jadi gini..







Habis ja musim raya lepas, semua dah dok tnya tahun ni nak warna apa? hehe.. malas nak fkir warna apa, sebabnya asyik datang kedai kain jadi ke laut warna yang nak tu.. 

Pagi ni, bila buka Intagram ada satu supplier kain, post gambar untuk Color of the Year 2015; Marsala (from Pantone). Cantik. Macam Burgundy in metallic. More like to Bronze. Haha. Can't describe when you're going to Fabric shop!



Color of the Year 2015 : Marsala (Pantone)
More details about Pantone : Marsala { here}

SO, tadi ada mention pasal satu supplier kain kan? Dorang ni just jual per roll not per meter, untuk nak start business kecil-kecilan tu atau yang nak keluarkan own label.

Laila Fabrika

Official Facebook : Laila Fabrika
Official Instagram : Laila Fabrika

Address :
Office & Warehouse
Laila Fabrika,
Laila Fabrik Sdn Bhd,
28, Jalan Suria Puchong 1,
Puchong Gateway,
47110 Puchong,
Selangor, MALAYSIA

Mon-Fri 930am -630pm 
Sat by appoitment 
Sun closed 
E : sales@lailafabrika.com 

T : 0172810035 (rozy), 0122482050 (atfan), 0132078878(june)




ok, Good Luck!

p.s this is not sponsored post.

Saturday, December 27, 2014













#prayforpantaitimur





Innalillihirojiun


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS