Pages

Showing posts with label Ideas Inspirations. Show all posts
Showing posts with label Ideas Inspirations. Show all posts

Tips Jimat Belanja 2015

Tuesday, January 13, 2015

Salam dan hai,

Tahun baru azam baru ye dak? hihi.

Rata-rata harga barang dah mula naik, yang ni belum comply GST. Bila dah start GST nanti harga barang biasa saja kan? hihi. Tahniah juga pada pihak Kastam yang bertungkus lumus buat talk untuk GST, banner dan bunting bersepah untuk kesedaran GST yang berkuatkuasa 1 April 2015 ini.

Kali ni ni saya nak share tips jimat saya yang saya rasa tak adalah nak jimat sangat, kalau ada yang boleh share tips korang share la ye. Berdiskusi secara sihat dan membina. Ecehh..







5 Tips Jimat Belanja anda!


1.  Stok simpanan - Haaa.. yang ini memang kita selalu buat, tapi mesti kita selalu longgok je barang lepas beli dari kedai. Sediakan ruang untuk menyimpan barang kering anda tu. Biasanya kita beli masa Sale yang boleh beli dalam kuantiti banyak. Jadi takdalah yang terlepas pandang, atau membazir lagi dengan belian kali kedua.

Yang ini elakkan kita membeli bila dah jadi keperluan segera. Contoh : Kicap atau garam/gula, bila tersorok cari tak jumpa, dah kena beli hanya satu barang saja. Bazir tenaga dan waktu kan?


2.  Bina sistem inventori - Waktu berbelanja memang amat menyeronokkan terutama untuk suri rumah kan? termasuklah saya! Even hanya nak beli barang dapur pun dah cukup bahagia. Untuk membina sistem inventori ni, anda tak payah nak guna komputer bagai. Cukup sekadar penyusunan stok bahan kering.

Tips : Susun mengikut tarikh luput, yang tarikh semakin hampir tu disusun belah atas atau tempat yang mudah di capai.

Contoh :  Tepung, bila tengah nak guna tepung gandum buat cekodok tu tetiba tak cukup, anda pasti ambil capaian yang pantas bukan? Jadi susun bahan yang hampir tarikh luput ke atas

3. Rancang Pembelian - Bila sudah ada sistem inventori versi sendiri tu, kita hanya perlu masuk bilik 'syurga' kita hanya memantau kuantiti barang yang tinggal. Untuk beginner, Grocery List dan To buy List kena ada. Pertama sebab nak elakkan pembaziran, dan kedua kita juga nak pastikan makanan kita sentiasa segar betul tak?

Bila dah terbiasa, list tu dah jadi Grocery list ja. Ia jadi latihan untuk kita tutup nafsu nak shopping benda tak perlu. contoh : Perasa tiruan, lol!

4. Bajet - Yang ini mesti best, sebab boleh berkira-kira kan? lol! Yang ini sekadar memantau perbelanjaan bulanan kita, kadang-kadang xckup bulan lagi dalam dompet ada beberapa not kecil saja! Jadi bajet untuk perbelanjaan dapur hanya nak memantau wang keluar dan elakkan juga pembaziran.

Contoh : Sebulan peruntukkan dalam RM400, Pecahan mingguan, jadi RM100. Bahan basah dan mentah untuk seminggu, pun saya rasa agak mewah juga. Kalau rajin semua jadi ye dak? Cucur bawang pun boleh, kalau malas nganga je la yeh, kecor air liur tengok makanan kt instagram!

Bila dah buat kira-kira ni, makan kat rumah sebenarnya lagi jimat, tambahan korang kena kurangkan penggunaan MSG, yang pelbagai jenama ada sekarang ni nak cukup rasa, eh?! Macam dah berfamily, ikan/ayam goreng, tambah sup sayur sikit dan telor dadar. Mesti tak sampai RM20, kalau makan kat kedai untuk 4 orang makan? itu baru sekali makan dah berapa ye dak?

5. Sale - Menjadi hobi waktu sebelum hujung minggu gitu!

Kebiasaannya saya suka buat survey dulu sebelum nak beli apa-apa ( dah macam cerita extreme couponing!) kalau rajin, singgahan survey saya tu sampai la ke kedai runcit yang biasanya ada buat weekly Sale.

Contoh : Macam pasaraya Giant. Ada jualan bulanan dan jualan mingguan dan juga Harian, rajin-rajin ke website dan hari minggu pun apa kurangnya! Aeon Big pula nak extra bila 28hb setiap bulan, tambahan 5%. Tesco ada juga, tapi anak buah kata hooody, lol!

Barang yang selalu buat stok tu yang tahan lama, macam beras, tepung, sabun etc. Literally yang korang memang akan selalu guna dan cepat habis, contoh kitchen towels dan pampers anak. Di sini, bolehlah buat penjimatan berganda.



Ok, sekian dari saya. Lama juga nak mengarang pasal tips ni rupanya. Yang ini serba sedikit yang saya buat. Ada orang lebih bagus dari ini, dan banyak juga cara nak berjimat selain dari segi perbelanjaan kita. Semua ini terpulang pada perlaksanaan kita dan kreativiti kita.

Saya mengalu-alukan kalau ada komen atau tips lain jangan silu share ye, saya dulukan dengan ucapan terima kasih.


Good Luck!



p.s Masalah nak berjimat dengan canned atau process food, in the end organic and healthy food are expensives than unhealthy. The reality that have to face in Malaysia.


Hello 2015!

Wednesday, December 31, 2014

Salam dan hai,

Musim Xmas ni, memang menarik dengan sale bagai, yang bagusnya kat Labuan ni tak ada godaan hebat pelbagai sale di pelbagai Mall.. haaa..

yang menariknya bila buka google, homepage google tu, for search kan jadi gini..







Habis ja musim raya lepas, semua dah dok tnya tahun ni nak warna apa? hehe.. malas nak fkir warna apa, sebabnya asyik datang kedai kain jadi ke laut warna yang nak tu.. 

Pagi ni, bila buka Intagram ada satu supplier kain, post gambar untuk Color of the Year 2015; Marsala (from Pantone). Cantik. Macam Burgundy in metallic. More like to Bronze. Haha. Can't describe when you're going to Fabric shop!



Color of the Year 2015 : Marsala (Pantone)
More details about Pantone : Marsala { here}

SO, tadi ada mention pasal satu supplier kain kan? Dorang ni just jual per roll not per meter, untuk nak start business kecil-kecilan tu atau yang nak keluarkan own label.

Laila Fabrika

Official Facebook : Laila Fabrika
Official Instagram : Laila Fabrika

Address :
Office & Warehouse
Laila Fabrika,
Laila Fabrik Sdn Bhd,
28, Jalan Suria Puchong 1,
Puchong Gateway,
47110 Puchong,
Selangor, MALAYSIA

Mon-Fri 930am -630pm 
Sat by appoitment 
Sun closed 
E : sales@lailafabrika.com 

T : 0172810035 (rozy), 0122482050 (atfan), 0132078878(june)




ok, Good Luck!

p.s this is not sponsored post.

Flipboard : Weddings Inspirations

Friday, October 5, 2012

Salam dan hai,

A year ago, I was nervous. The wedding preps, important, the wedding dress.. Last minute to pick it up.. everything I make it done by my own as a wedding planner.. yes, I am the planner of my own wedding..

ouch.. thanks to my BFF, for being there. Help here and there to accomplish the missions.

It was a stressful day of mine, that I hadn't sleep much. afterall, I was blessed.. Alhamdulillah

p/s : you should visit this website, at this moment, I still love to see the weddings thingy!

Patterned Pretty: A Real Wedding by Gideon Photography http://www.projectwedding.com/blog/2012/10/04/patterned-pretty-a-real-wedding-by-gideon-photography/

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS