Pages

Showing posts with label TTC. Show all posts
Showing posts with label TTC. Show all posts

Silent journey of fertility..

Saturday, August 1, 2015

Assalamualaikum dan hai,

Alhamdulillah utk hari ni, bangun pagi masih lagi diberi nafas olehNya.

Pheww.. topik yang sangat rare! haha.. Bukan apa, untuk orang picisan macam saya yang masih lagi tak berapa nak khatam fasal fertility.

Just not it, there are thousands of symptoms, and for the worst about fertility. I'd try few products to enhance my fertility or to be exact to regulate menstruation.

Bukan semua orang sama dan bukan semua orang boleh terima methods yang sama dengan yang berjaya dan tak salah juga kalau nak mencuba.

At the moment, my surrounding and environment are stress-free about having a child. Nobody care to ask and nobody bother at all. Well, I think it's good, a time for develop your mindset straight with full of positive thinking. I am happy, as husband is happy too.

Hihi..

really not me la, to start something so serious!

Silent journey sebab,..

memang perlahan progress, losing some weight to pre-wed weight is something that most crucial thing to achieve! haha.. but I'd give it a try, losing naturally. Just don't know yet when to start work out! haha..

By now, it's already months that I consumed Vitex or agnus castus or chaste berry. At first I bought a bottle from one of TTC's member cause she had taking it for years and sell it too.

So, this Natures aid agnus castus is from UK, quite pricey as in pound! wee.. I took 2 capsules per day. Effects? rasa tu memang agak teruk la, jerawat keluar berkoyan,.. complexian of skins, mood swings at anytime.. semua simptom macam nak miss P datang.. haha.. Kesian la encik abang tu jadi mangsa!


Bila habis je bottle ni, nak kena cari lg, either need to buy from overseas or any supplier in here. Gelabah sekejap bila stok yang ada nak habis siap buat catuan lagi reduce to once daily.. haha..

After I did my surveys, end up I bought half dozen bottles of agnus castus online. and it's internationally again. phewss.. I bought a lot of stuff from overseas as it much cheaper include shipping yaw~

Ada masa tu sebab first time nak try sesuatu produk, kita try email dulu nak tau bahan-bahan yang dorg guna tu selamat tak? yang paling penting takdalah bendaing yang kita tak tahu yang mostly produk di M, contohla kan.. mengandungi kacip fatimah, manjakani tetiba ayat last ada dan lain-lain! haha..

Masa tu try jugakla sebab yakin orang melayu yang buat dan kena yakin jugakla insyaAllah bersih sebab nak buat jual orang makan dan berubat. Tapi jauh di benak jiwa raga ni ada jugak kemusykilan, tapi kalau korang tak tahu la kan, kalau saya memang tetiba "ching!" haha.. apa yang dorang bubuh lain lain tu?

Jadinya stop la produk atas sebab tak berapa nak sesuai jugak. Badan jadi overheated, sebab kena cheilitis manjang! Kita pun nak berjaga-jaga juga taknak lah bagi sakit bibir dan pecah-pecah.. seksa tau rasa dia! huhu..




Alhamdulillah dah masuk 2nd bottle, and about 3 bulan jugakla consume vitex ni. So far so good, 1st time it regulates my cycle naturally! haha.. start makan pun sebab nak betulkan cycle, if not the next steps is impossible to achieve tau.. (yang ini sendiri punya fikir, don't rush!)

Kalau nak tahu lebih lanjut boleh google, and I did surveys for quite a time before have courage to try it out. untuk personal reviews, it suits me well. And other things too.. haha.

oklah, to be continue..


Ragam manusia tak pernah habis..

Friday, June 5, 2015

Assalamualaikum,..

dan hai,..



*senyum*


Maaf jika lama juga terbiar, tuan tanah emosi.. haha..

Kebelakangan ni, pelbagai cerita yang panas, harga minyak naik lagi tu dah macam biasa pulak.. Yang meroyan masa harga naik bulan sudah tak habis, sambung pula yang baru ni. Pilih dengan bijak saja dengan kata ucapan.

Terbaru, masih tak habis kisah kes buang anak. Anggapan orang ramai tu, kes malam merdeka tahun lepas asbabnya. Manusia bila iman pun tiada, inikan akal fikiran waras pun tiada. Berzina hingga mengandung, sampai cukup bulan dibuang pula. Nauzubillah.

Cukuplah wahai manusia. Sayangilah nyawa anda, sayangi juga nyawa anak anda, anak kecil yang lahir tanpa dosa tidak pantas dibunuh sebab mahu tutup malu dan dosa ibunya? Ingatlah, ini baru dunia. Dosa yang tidak berkesudahan anda lakukan sampai mati menipu.

Saya rasa kasihan,

dengan mereka yang;

Anak zina diperlakukan seperti itu. Ibu bapanya membuang tanpa belas kasihan. Yang kejam, dibunuh pula anak itu. Mungkin yang lebih baik, tidak dibuang dan tidak dibunuhnya, malah boleh berbisnes, menjual dengan para pembeli yang sanggup keluarkan beribu ringgit untuk insan yang namanya anak.

Kasihan juga bila ada golongan yang inginkan zuriat tahap desperate. Cara ini yang membolehkan mereka ada anak.

Mungkin tahap desperate tidak sesuai, maaf. Saya dan suami juga belum lagi dikurniakan rezeki anak. insyaAllah. Tidak patut pula kata mereka yang inginkan zuriat seperti kami dengan berkata desperate terhadap mereka.

Bila ada niat macam tu, cubalah ambil anak angkat di saluran yang betul. Sekalipun bukan dengan perkataan Desperate itu. Kita masih ada iman, ada agama. Jika diambil anak itu pun bukan milik hakiki pada kita, harta dunia ini milik Allah.

Rezeki itu akan datang pada kita, mohonlah ikut saluran yang betul agar tidak ditipu hidup-hidup oleh manusia bertopeng haiwan!

Perbualan kami suami isteri pagi tadi, menjadi peringatan buatku agar terus tidak melayan perasaan, lagi-lagi bisikan syaitan nirrojim.

Saya : Banyak betul kat newsfeed FB fasal dorg nak ambil anak angkat merdeka ni. Sanggup bayar beribu pulak tu!

Suami : Kalau orang tiada iman macam itulah, membelakangi agama. Sebahagian besar dari mereka mesti letak nama diorang!

Suami saya seorang yang firm, the one whom I  can consult with and my eternally bestfriend in and out. Alhamdulillah dengan pinjaman dari Allah ini. I respect him, with his thoughts and beliefs. For I am today as for his dua's and Allah's will. Alhamdulillah.

Bila suami saya nyatakan ayat begitu, betul juga. Salah mereka juga berkongsi dengan tekanan orang sekeliling, surrounding mereka. with the common questions starts with BILA.. and BILA... also with BILA..,..

Stereotype melayu yang tak pernah lari dari stigma perntanyaan peribadi yang tiada jawapan khusus.

Untuk saya, saya cuba buang perasaan sentap jauh-jauh,.. Mula tu biasalah, sentap tahap apa pun tak tahulah.. Bila suami pujuk, kenapa nak rasa macam tu, kita pula yang jadi stress. Jadi kena divert la, ala-ala dalam cerita Divergent, haha..

Keep positives, ..

saya tahu susah, but for keeping a negative mindset, you will not live life in a peace and not to the fullest.

ok, sekian dari emosi terganggu, marilah kita siapkan diri menyambut Ramadhan semoga amalan kita berlipat ganda diterima Allah Taala. InsyaAllah. amin.

p.s

Wondering if they succeed in illegal adopting a child with their own family names, very soon we need to imply DNA test together with HIV test for marriage proposal. Then, husband is right.


Diet for Mr P

Wednesday, December 17, 2014

Salam dan hai,

Mudah sangat sebenarnya kalau nak diet ni, ok. *pengsan* Untuk tidak tertipu, kita kena lihat cermin setiap hari, dan letakkan gambar masa kita muda remaja. *nangis*

haha.

Adakala, kita cuba diet bagai nak rak, tapi hasilnya setiap kali ke mesin penimbang tu masih lagi tidak mencapai berat ideal. *sedih*. Salah satu faktor, diet pengelasan kumpulan darah, tidak sama untuk keperluan badan individu berbeza. Lepas ni boleh cuba. :)

Saya? masih lg kekal comel, dan masih lg kurang berjaya untuk menurunkan berat, hehe. *ayat kena positif*

Waktu checkup dengan doktor pun, tiada simtom meragukan, tapi saya ambil inisiatif untuk cuba diet mengikut individu yang ada mr P, apa tu Mr P? Dalam bacaan saya, individu yang mempunyai simtom Mr P, erti kata lain Mr P adalah PCOS, rasanya, rata-rata masalah ni dihadapi oleh di Malaysia. Info PCOS sini {WIKI}

What I do? What should I do?

Membaca dan kumpul info.

Tapi yang penting diri kita kena relax dan lapangkan fikiran. Jangan dok serabut fikir.

Positif.

*cook your meal, then you can control sugar and salt intake*

Kita cuba diet untuk yang bermasalah PCOS ni, dan kumpulan darah sekali. Hasil kita cuba tengok dalam masa beberapa bulan akan datang.

Progress sekarang?

*pengsan*


I did;


  • Drink 2 Cups of water before breakfast ( 1 cup lemon garlic paste+honey, 1 cup warm plain water)
  • Heavy Breakfast; 
  • Simple Lunch; like oats, and some nuts for snacks
  • Medium intake of Dinner; I eat lots of fish nowadays
  • Detox at night : 1 cup barley drink


Masih cuba untuk sesuaikan makanan untuk badan saya, saya tak boleh makan benda terlalu pedas atau panas, dan yang terlalu sejuk. Kesannya akan jadu sekelip mata, tapi nak recover tu cecah minggu.

Jadinya, saya boleh makan makanan kategori mild atau sederhana. Atau saya kata untuk suam-suam gitu. Contoh mcm halia, kunyit, kari, dikategori panas, dan yang sejuk macam apa ye? hehe.. kena cari dan observe what kind of food that suits you.

I just know when I went to one of supermarket, a Chinese promoter tegur bila saya dok belek kopi yang dia jual tu. So she said my cracked lips was so bad, that she offered me her vaseline. Tapi, saya tolak elok2 as there is a time, a vaseline can't help too. *sad*

So, she explained that I should try that methods, about consuming a mild or medium degree of food or try out chinese herbal (not yet, will do InsyaAllah) . Just a nicely warm foods. Tapi bila teringin tu, please do detox with warm barley as its coold down your body temp.

okla, I think Ive just said more than what I suppose to, hehe.. Just nak cerita psal diet, maaf kalau xde berapa nak info sangat kali ni. As I want to keep reminder for myself that I can't simply eat any kinds of food. A restriction and stop desiring unhealthy foods. *sigh*




Good Luck!


The other way round~

Saturday, November 22, 2014

Salam dan hai,

Rasa macam dah lama tak mencoretkan kisah TTC, eceh.. skema sikit kan. hihi.. Kadang kadang tu rasa juga, patutkah share dengan orang? ke patut simpan sendiri ja? Ada coretan yang ingin saya luahkan disini.

Saya bersyukur apa saja kurnia, rezeki dan nikmat yang Allah Taala telah berikan pada saya yang saya sedar dan tanpa sedar, besar kurniaan tu bila kita sentiasa bersyukur, dan sentiasa ada tanpa putus, Alhamdulillah.

Kekurangan dan kelebihan tu saya cuba dan belajar untuk tidak persoalkan atas sebab ke'Redha'an apa yang saya terima dan Redha Allah Taala atas segala kurnia, nikmat dan rezeki yang diberi kepada umatNya, Subhanallah.

Ada satu masa, encik suami jelaskan pada saya yang kita tak perlu tergesa-gesa, sampai perlu abaikan aurah dan syariat Islam. Sebabnya atas satu peristiwa di mana, waktu saya menjalani rawatan di Hospital kerajaan. Encik suami menemani saya untuk pemeriksaan HSG, ada orang yang tak boleh tahan ada orang yang tahan, tapi kesannya sehari dua lepas tu, T____T

Balik pada kisah enck suami tu, ada seorang kakak dalam lingkungan awal 40-an yang sedang menunggu giliran. Lama juga berusaha untuk menimang cahaya mata tapi belum lagi dikurniakan. Memang sedia berkongsi pengalaman dengan encik suami. Suami saya memang dengan lagak sempoi tapi dalam hati tu, terasa malu juga!

Perbualan disambung dengan soalan doktor yang akan lakukan pemeriksaan, maksud saya doktor lelaki atau perempuan, Islam atau non-Muslim.

" Saya tak kisah dengan doktor mana pun".

Masa tu, I was struggling with myself, should I accept men? Saya di marah oleh Jururawat di bahagian X-ray, atas sebab, saya tak boleh pilih doktor lelaki atau perempuan, di sini pesakit kena terima mana-mana doktor yang telah di-assign-kan.

At last, An Indian woman doctor came with a Chinese woman Radiologist and a Malay woman nurse as assitant.

I was about to cry with that situation, I felt so deeply disappointing with that kind of treatment, and still the facilities does not enough or just don't fit for muslimah patients.

From that moment, I stop my treatment and checkup there. Anyway, we just don't have a right to choose a doctor instead it is a Public Government Hospital. So, kat sini saya tak mahu cerita disadvantages of it, dan perbahasan mengenai hal ni pun masih tiada jalan penyelesaian.

As for myself, as a Muslim, a bit frustrated that I can achieve a dream as a doctor or to be exact an gynecologist. To help others. and I wish that future female doctors would choose gynecology as their major.

Walau macam mana 'desperate' pun we want to have a child, we have follows all the Sunnahs, done loads of jariah tapi we still disobey one and only our aurah, our pride, our husband's pride. Still, just wondering, we want something from Him and think that we have follow all the 'right' things but at the same still disobeying.

I just don't get it. I believe insyaAllah in future. I believe in that way.

Hingga saat ini, saya dan suami masih bersabar dan masih berusaha untuk menimang cahaya mata.

I live the life to the fullest to fulfill hereafter.

InsyaAllah


2014

Monday, February 17, 2014

Alhamdulillah..

Diberi nafas dan kekuatan. Serta kesihatan yang baik.

;)

Untuk tahun ni macam biasa saje.. resolusi nya tak adalah terlalu berat. Happily live for only one day without forecast. So you will be more less stress and more calm to perform solah at upmost you can do. Easy right?

Belum seminggu lagi pulang dar teman husband. Cerita kapal pun biasa saja. No camwhore at all over places. Mostly there are friends and seniors.

The incidents in college I just kept it in the past which never put any party felt uneasy about it. Chill!

Now, to live happily, simply, and more on ibadah.  But how about TTC?

As far as I am concern, just make it lightly, you worth it more when the right times come. InsyAllah.. amin. Pray alot when you make ibadah a lot too. Allah will granted it just any of time whether it's sooner or later.

Living happily is easy way to do right now. ;)

Posted via Blogaway Pro


Posted via Blogaway Pro

What I found..

Wednesday, November 6, 2013

Salam dan hai,

Tajuk post pun macam menarik aje kan.. apalah yg dijumpa dan nak pulak di share.

So,

I found this..


Omron Digital Ovulation Thermometer with 2 decimal.



Sebenarnya dalam group TTC Group Malaysia dan TTC Malaysia pun ada individu yang menjual any types of thermometer and might be juga dalam bentuk macam gambar di atas. Yang saya tau boleh Google blog Jom Hamil atau Hamil Comel.

Bermulanya saya jumpa ni sebab tengah godek-godek laptop adik ni dan bookmark pula online website CARiNG Pharmacy ni. Godek lagi ada macam-macam rupanya yang dijual secara online.Masuk di bahagian Promosi Bulanan untuk bulan November. Thermometer ni ada di bahagian promosi. Boleh belilah untuk sesiapa yang tiada masa nak pergi farmasi.

Untuk perkhidmatan ni, percuma kos penghantaran kalau jumlah belian bernilai lebih atau sama RM300. So memandangkan saya cuma nak beli satu biji termometer ni saja, caj penghantaran adalah RM7.50. Jumlah pembelian dalam RM57 saja.

Sy akan review produk ni untuk penggunaan selama seminggu, We will see how it works. :)



With love.

p.s I'm nervous right now, will meet husband very soon. Moga dipermudahkan. Amin


H.S.G

Friday, September 27, 2013

Salam dan hai..

Alhamdulillah. Last appointment dgn dr. Xda pape sgt just review n bg form buat H.S.G.

My experience. This is the first time, and I hope that I wouldn't have to do it again. Huhu. Can't describe how bad it was or extremely in pain. Strongly to have accompany with you when you have to do this procedure.

You may google it about H.S.G. what it about and so on. Generally it is a procedure and x-ray to know and check your fallopian tubes. I didn't know if it has another functions tho.

Alhamdulillah. I went it through well. Not very well or so well. But just well. Sigh. I'm lying if I didn't feel anything. But for your own sake. And to know better your conditions. Please do it.

Sometimes a courage will do for you. InsyAllah.

So my target between next appointment is to lose some weight. At least for an ideal BMI.

Ok. Done for now. Will resume it later.

♥

Don't ever..

Tuesday, August 27, 2013

ISalam dan hai..

Setiap yang berlaku semestinya ad hikmah disebalik. Kita sebagai mahkluk Allah yg serba kerdil dan kekurangan bersyukur dan percaya atas qada dan qadar.

Kadangkala, kesabaran kita diuji. Malahan iman kita turut teruji. Sinikal. The paths. Jalan- jalan yang seharian kita lalui. Mungkin setiap hari sama saja atau tidak. Terpulang.

I'm on ttc right now. We just don't know what happens next in future. But just don't eber forget to syukur or say Alhamdulillah. It's the most powerful word. All grateful is yours, Allah.

;)

For me, stays in and keep positve vibes around you. Keep motivating yourself. And don't ever say No at first. Please being positive. It will not harms you.

♥

Will be on next appointment. We will see how it will go through tho.

It's the day

Wednesday, August 14, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan maaf zahir batin!

Alhamdulillah.. semuanya happy nak raya.. letih pun letih juga.. anak2 buah paling gembira.. kumpul duit raya katakan! Hihi..

Persiapan tahun ni ala kadar saja.. cuma kali ni turn beraya belah husband. Meronda rumah2 mak manakan belah suami dan malam semua terdampar. Hihi.. esoknya ada sakit2 perut pula.. nasib tak da berebut tandas!

Macam hari ni.. ada appointment di Hospital Seberang Jaya bahagian Klinik Pakar 1 untuk Obestrik dan Ginekologi.

It's done for today, and the next steps are blood test for hormones, and Semen Fluid Analysis.

Bila berurusan dengan hospital kerajaan ni kena banyak bersabar lah. Bila kita free tapi waktu lain sentiasa penuh dengan pesakit.

Blood test sy akn buat pada hari Jumaat ni. Harap ok saja nanti. Untuk semen analysis pula buat kt swasta saja sbb nak tunggu turn kt hospital ni smpai mid of October. .memang suami da ke laut la time tu. .

Buat masa ni macam biasa saja.. emosi kekadang tu macam apa.. unpredictable.

Sigh.

Lepas semua test siap, next appointment on early September.  Fuhh.. harap husband belum naik kerja lagi..

Ok.. that's for now

Ttcian

Tuesday, July 16, 2013

Salam dan hai,

InsyAllah mudah mudahan Allah permudahkan semua usaha di bulan yg barakah ni.

Well, bukan senang nak cerita bab macam ni. Still hoping that Allah murahkan rezeki kami dengan zuriat yg soleh n solehah tapi belum tiba masa nya.

Few questions that might hurt you so or just make yourself that.. erghh again? So macam dah biasa sgt dengan soalan tu. Usaha saja lah jawapannya. Lol.

My first appointment with govern gynae on mid of august that actually I did minor checkup at LPPKN. So they suggest to make appointment with govern gynae. And I was okay then.

Catatan : bersabarlah sikit bila pergi govern ya. Waiting list pun nama kt kat page no 3. If ad yg cancel pun xtaula cmne.. no telefon pun xamek. Sigh

So currently I'm on tracking back my cycles as last month I went to see a good doctor I would say. Dr Azlina which currently di general klinik Batu Pahat. I do think it's kt Jalan Zabedah. May google her on okay?

When I do feels she's best. That's a week of headache so badly. I went few clinics that they only prescribed me on migraine. Sigh i don't have any insyAllah. But day after day it became so worst. We went back to my hometown and went to other docs which is covered by ING (now known as AIA).

One and only she prescribed me as kena kayap!  By just look at my scars on forehead. Serious. I feel better when I took the right medicine. Lega okay.

Okay enough.  So BPrian can checks her out as she can gives you some advice on ladies too. ;)

Doubt sss

Thursday, March 7, 2013

Salam dan hai,

Berkurun juga nak ambil mood untuk kembali aktif berblog. Bila rasa free, ada saja kerja yang buat lupa nak teruskan niat berblog.

Niat hati di entry lepas nak cerita TTC, rasanya mesti ada yang tahu maksud TTC tu. Almaklumlah banyak sangat short terms yg digunakan. Kekadang tu memang nganga juga..

Trying to conceive, itu adalah nama penuh untuk TTC.

Doubts saya untuk waktu petang begini, memang banyak yang nak dipersoalkan dan dibincangkan.

Produk kesuburan. Bila jengah saja di facebook confirm memang berpuluh iklan tentang kesuburan. Tapi paling banyak tu ialah slimming product.

My consideration now on these products;  Shake lee, Biodex, and the cheaper is on traditional Jamu Susuk Dara *yang ni famous sbb kena internal part which akan keluarkan bendasing dalam rumah kita*

So, I had few discussions with my SIL which she recommends to consume on Biodex. What say you? Or anything else?

Secondly,  Fertility Centre. Selama ini saya ada juga beberapa kali pergi checkup dengan doctor. Di mana bukan sekali dua ia berlaku tapi banyak kali juga. Sigh. Bilamana saya rasa risau bila ketiadaan missP dengan kadar segera saya ke klinik untuk pemeriksaan.

Pada waktu sekarang memang agak *malas* mahu menjejakkan kaki. Bila buat checkup hanya UPT test dan scan. Itu berlaku setiap kali ke klinik. Sigh. Akhirnya memang tiada apa berlaku dan ubat turun darah atau hormon saja diberi atau saya pun tak tau apa nama ubat tu.

Bila waktu begini saya mahukan pemeriksaan menyeluruh, kalau boleh. Mestilah ada blood test untuk tahu paras hormon kita. Betul? Cumanya. Pengetahuan cetek saya. Saya masih perlukan guide dalam menjejak proses kesuburan.

Dimana, siapa, rating of succeed dan kos perubatan. Keliru juga saya tak tahu average harga. Bagaimana  proses dan cara mengendalikannya and etc etc etc. I'm blur on it.

Ini adalah langkah awal saya. Samada guna produk kesihatan untuk kesuburan atau menjalani pemeriksaan dan menjalani program kesuburan.

What say you?

º_º

TTC

Tuesday, February 26, 2013

Salam dan hai,

Deep inside me there are few of thoughts that I had to monologue everyday. Its only me and myself.

Our beautiful journey of marriage are so wonderful and kind of different with others.

Yes, I'm married with a merchant mariner which an easy to call as "Sailor" where I don't get easily to use that term. ;)

With the unstable of cycles means that my hormone puzzled. The last day of miss P came make me wonder when is it. Is it yesterday? It's took so long that make me forget.

Sensitive is not the answer when I got a load of questions about child. The best thing I can do is smiling all the way. And yet, I'm not crying over it just calm and forget till the other days come.

Might be I didn't feels of motherhood thingy, the truth is I really do if there got rezeki for us. The learning process of having a child it's not easy.

A child is a gift for us and a responsibility to us for give the best education and guidance to the right way. As I live with the in law made me thing and learned many things.

It's just not give a sweet to the kids and they will be quiet and go play. But they still nagging you so much. There's a way of handling. Much of loves, emotions and patience to deal with kids. A time for being strict also so hard to do so, but for own good..

Allah SWT has not easily grant for what we want but will grant our needs. It makes me patiently get thru by days.

A year and four months. Distance is the enemy right now. The whole that period of time, we just met and live together just about three months. Quite hard for us. But insyAllah when there's a will, there's a way.

;) the more grateful I am as having a wonderful husband who always in calm and his readiness to share and listen. Who is my backbone for not to be weak. Alhamdulillah.

Till then,
♥

 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS