Pages

Showing posts with label Ikan. Show all posts
Showing posts with label Ikan. Show all posts

Resepi Asam Pedas Untuk Dia...

Tuesday, March 3, 2015

Assalamualaikum

dan hai,..

Sekarang ni mesti tengah trend asam pedas, lol!

XXX ini bukan promosi drama Asam Pedas Untuk Dia XXX

As a Johorean katakan, asam pedas ni tak lari mana dengan melaka. Makanan faveret kot. Tapi jangan tak tahu, ramai juga yang tak boleh nak masak ikut piawaian sendiri macam kat kedai, slurpp. Kecewa kan?

Haha.

Saya pun macam tu jugak dulu, bukan pandai masak, pelbagai blog dan resepi, tips lagi nak bagi masakan asam pedas tu sedap dan ummpphh! Yang penting kuah tu jadi pekat, sedaaapppnya.. *exaggerate* sikit.. Biasa yang jadi rujukan tu blog Che Mat Gebu dan kak Ita. Dah lelama tu pandai sendiri la kan nak ejas nye..

Asam pedas pun antara menu wajib kami di sini, selain Kari Ikan versi Utara, versi utara siap bagai kan? hehe. Cikgu asal yang ajar ni orang utara, jadinya pandaila jugak masak kari ikan versi utara gitu!

Kebetulan dalam minggu lepas, encik K bawa balik Ikan Mayong. Bila kat Labuan ni, saiz tu memang besar sangatlah, dalam 2-3kg seekor utk yg kecil ye, yang besar tu adalah dalam 8-10 Kg. Biasanya yang dapat tangkap dalam saiz kecil kategori 2-3kg untuk yang rajin pergi memancing.

p.s Orang Labuan tak makan ikan mayong ni, jadi kt sini, ikan tu jual murah, sekilo RM4 atau bagi saja sapa yang nak. Alhamdulillah.

Ikan mayong ni, mudah saja nak cuci, tapi leceh sebab besar sangat. Yang pastinya yang jadi tukang siang tu encik K. Hihi. Saya masak je takda masalah, just say it bebehh!

Oklah, panjang cerita sudah. Mari saya share resepi Asam Pedas Mudah Confirm jadi. Haha.





Resepi Asam Pedas Dengan Ikan Mayong


Ikan Mayong 1kg
Bendi
Terung
Bunga Kantan
Daun Kesum


Bahan Blend

1/2        labu bawang besar
7-8        labu bawang merah
4-5        ulas bawang putih
1           biji tomato (1/2 biji kalau masak sikit)
1"          belacan bakar
1"          kunyit hidup @ 1/2 tsp serbuk kunyit
1/2 tsp   pes asam jawa Adabi
2    tsp   Garam
1/2 tsp   Gula
sedikit air dan minyak untuk blend


Bahan Tumis

1/2 labu bawang besar - dihiris
1/2 tsp biji Halba

Cara Memasak

1. Cuci bersih ikan, dan toskan. Panaskan minyak.
2. Bahan blend perlu dikisar untuk ditumis hingga masak.
3. Minyak sudah dalam keadaan panas, tumis hirisan bawang besar. Kemudian biji halba, tumis hingga naik bau dan masukkan bahan blend tadi.
4. Tumis hingga pecah minyak dan masukkan bahagian kepala dahulu dan bunga kantan. Masukkan juga kepingan isi ikan Mayong.
5. Bahan yang ditumis telah masak elok dan pecah minyak, ikan pula sudah separuh masak. Masukkan pula 1/2 cawan air (ikut nak kuah cair atau pekat) dan terung jika ada.
6. Bila sudah mendidih, masukkan bendi dan tomato. Didih selama 2-3 minit. Tutup api.
7. Sedia dimakan dengan nasi panas, telur dadar goreng dan sayur taugeh goreng.


Good Luck!

p.s I miss lontong, nasi kerabu, pasembor, nasi kandar.. so many on the list!


Fishballs is easy!

Saturday, October 18, 2014

Salam dan hai,

Perkara yang paling seronok di Labuan ni adalah makanan laut, where I call it "Seafood's Heaven!". Masyuk sangat bab makanan laut saja, yang lain tu nan hadoo.

X___X

Kebanyakan penduduk di Labuan ni bercampur, yang penduduk asal tu memang dari Brunei, tapi ramai juga yang dari Filipina, Sabah dan Semenanjung. So ada pelbagai versi makanan yang ada di Labuan ni. Tinggal berani atau tak ja nak cubanya!

Bekalan makanan ada masanya agak terhad, kalau ada pun memang jauh dari standard rasa encik K *doink doink*. Bila teringin tu, memang mula la macam² eksperimennya.

Kali ni nak kongsi resepi cara buat fishballs, kalau buat sendiri ni lebih terjamin ye dak? Haritu ada rezeki lebih, kami ada ikan tenggiri seekor saiz besar jugalah. Boleh buat makan seminggu! Ada hari plan nak masak sup ikan, kita buat sekali fish cake ni, air rebusan tu buat stock sup ikan.

Sumber asal dari few bloggers, ampun ya sebab tak bagi kredit, saya tak ingat dari mana.

Resepi : Homemade Fishballs

Bahan :
  • 2 keping Isi Ikan tenggiri 
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh minyak
** kalau nak banyakkan lagi fishballs tu, boleh tambah tepung gandum dalam 2-4 sudu. Fungsi tepung jagung tu cuma nak melekat isi ikan.

Cara :

+  Kalau ada food processor boleh masukkan semua bahan di atas ke dalam processor, dan siap!

+  Untuk yang serba tak ada alatan ni, boleh asingkan tulang terlebih dahulu. Kemudian tumbuk hingga isi ikan betul² jadi lumat.

+  Dalam mangkuk, boleh masukkan kesemua bahan seperti garam, minyak dan tepung. Jangan lupa isi ikannya sekali ye.





+ Gaul rata adunan agar semua bahagian isi ikan tu bercampur. Tak nak jadi ada yang tepung lebih atau isi lebih, yang tak best ada bahagian yang masin terlebih.

+  Bulatkan adunan isi ikan tu, nak fish ball atau fish cakes, kalau fish cakes, saya belum habes menuntut lagi, jadi kita buat fish ball la ya. *laugh*




+  Sediakan air untuk direbus, kalau nak goreng pun boleh, ikut mana yang suka. Kalau sihat tu yang pastinya rebus. *wink*





+  Bila dah siap buat bulat² tu, air pun dah mendidih. Boleh masukkan semua fishballs tu dalam air rebusan, kacau tolak² gitu ja. Tanda fishballs ni dah masak bila ada yang dah mula terapung. Pastu boleh angkat dan ditoskan.
 

  


 +  Fishballs yang telah siap direbus dan ditoskan, jimat di situ, kalau beli yang frozen adalah dalam RM 5-8 sepeket, tu pon perisa yang bahan ikan surimi. apa benda surimi pun saya tak tau.

+   Kemudian, fishballs ready untuk disimpan beku atau boleh guna terus. Saya simpan dulu, esok lusa nak masak bihun ke, tomyam ke, dah boleh guna. Air rebusan ni saya nak buat sup ikan. 

ok, terima kasih sebab sudi baca.



^___^


Today's menu : Ikan Singgang

Friday, September 7, 2012

Salam dan hai!

Memandangkan hari ni Jumaat, so husband request nak makan yang lebih sihat.. lagipun hari ni nak masak yang simple je.. :-D

As mention on the title, hari ni masak ikan singgang.. kalai kt Johor, biasa panggil masak pindang.. ye ke? Sebab my mum called it so.. resepi and cara masak sama ja dengan panggil singgang or rebus or asam kunyit..

Bahan :

1) 4 ekor Ikan kembung/ ikut suka.. isi tenggiri pun ok..
2) Air asam jawa - asam jawa secubit
3) Bawang besar/ putih dihiris halus
4) Halia 1/2" dihiris halus
5) Kunyit secubit / kunyit hidup 1/2"
6) 1-2 Cawan air
7) Garam secukup rasa / 1tsp

Cara-cara :

- Masukkan air asam jawa, hirisan bawang merah dan bawang putih, halia, serbuk kunyit dan air direbus hingga mendidih
- Masukkan ikan, rebus hingga mendidih. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.
*** boleh tambah bendi, tomato or apa2 yang suka..

Tips: praktiskan dengan air direbus hingga mendidih sebelum masukkan isi seperti ikan atau ayam. Biasakan juga masukkan perisa di akhir masakan agar tidak menambah beberapa kali..


 
FREE BLOGGER TEMPLATE BY DESIGNER BLOGS