dan hai!
Berita gembira untuk newbie macam saya, haha.. Kan hari tu ada cerita masalah pop-up yang tetiba redirect website yang kita dok guna ke iklan yang annoying sangat tu. Keadaan yang semakin menjadi-jadi bila nak blogwalking jadi menyeramkan!
Ini serius! Bayangkan bila tengah baca cik-puan-tuan punya blog, tidak semena-mena boleh menghala ke page yang tak berfaedah langsung! Pastinya yang berunsur XXX.. haha.. Nasib belum ada anak bawah umur lagi, kalau yang ada lagi seronok bebudak tu agaknya.
okay, mari kita buat langkah, nak tahu lebih lanjut kita Google, banyak page yang kena godek satu-satu. Kebanyakannya saya dah buat, bila disable cookies bukan penyelesaian yang baik gitu.
Cara Mencegah Pop-Up Ads di
Browser ( Chrome)
- Di Brower anda, sila ke bahagian setting seperti gambar di bawah No. 1 dan terus ke Settings ( No. 2)
- Berikutnya, tekan kata kunci Extensions pada belah kiri browser anda seperti gambar di bawah pada No. 3.
- Kemudian maju ke Get More Extensions (No. 4)
- Anda akan ke webpage Chrome Web Store, dan di ruang belah kanan atas, ada ruangan carian. (No. 5 dalam gambar) Taipkan kata kunci carian anda iaitu Adblock Plus.
- Kemudian, ada beberapa pilihan Adblock di bahagian Extensions dan Apps. Untuk browser, sila maju ke Extensions dan ada beberapa pilihan juga. ( No. 6 dalam gambar di bawah)
- Saya pilih Adblock Plus, dan tekan pada added to Chrome. Siap. (No. 7 dalam gambar seterusnya)
Seterusnya? Anda click ke simbol ABP (macam dalam gambar di atas) di bahagian hujung atas belah kanan anda, disediakan beberapa pilihan mencegah dari keluar di browser anda.
Lupa nak print screen, tapi ada 3 pilihan, saya cuma click bahagian pertama turn On sahaja.
Ok, sekian dari saya.
P.s Tak sangka boleh buat ala tutorial macam ni, untuk NOOB macam saya, saya cuba tolong korang yang ada masalah iklan pop-up yang tak berkesudahan! haha
Good Luck!
No comments:
Post a Comment