Salam dan hai,
Jangan salahkan perut bila buncit semacam bila nafsu makan bagai raksasa kelaparan. Ok. Sangat metafora kan? Hehe..
Beberapa hari ni asyik craving dessert.. tak kisahla jenis macam dessert tu.. manis ke tak.. masa nak terasa makan tu pula waktu2 ganjil. Pelik!
So kat sini nak share resepi mudah. Senang sangat. Bahan pula memang dah ada. Cuma roti saja lah baru je beli.
Resepi : Bread's Pudding with Custard Sauce
Bahan
8-10 keping roti ( guna Gardenia bran & wheat plastik kuning cokelat)
500 ml susu ( Dutch Lady full cream)
4 tbs Gula halus
2 tbs Butter
1 tsp esen vanilla
1 tsp serbuk kayu manis
2 biji telur size A
1 tbs tepung jagung
2 tbs kismis
1 tbs kurma
1 tbs choc chips
Cara- cara
1) Atas dapur, cairkan butter, kemudian masukkan susu, kacau sebati, masukkan gula halus, serbuk kayu manis **kalau tak ada masuk saja batang kayu manis dlm 1 inchi sebagai perasa dan akhir sekali esen vanilla.
2) Biarkan adunan mendidih sedikit bagi gula cair sepenuhnya. Kemudian, matikan api. Biarkan.
3) Dalam bekas adunan yang sama, campurkan semua sekali, telur, tepung dan bahan kering seperti kismis, kurma dan choc chips. Nak tambah lain pun boleh ikut kreativiti. Tinggalkan segenggam untuk ditabur atas permukaan.
4) Adunan sebati. Masukkan roti yang telah diracik atau dikoyak. Saiz terpulang, lagi kecil lagi bagus. Ikut kesukaan. Gaul hingga sebati, bagi roti menyerap sepunhnya adunan dan kembang.
5) Panaskan Oven dalam 190ºc selama 10 min. Kemudian, adunan dimasukkan ke dalam loyang pembakar bulat size 9" yang telah disapu butter sekeliling permukaan. Tabur balance kismis ke atas permukaan adunan.
6) Masukkan adunan ke dalam oven. Suhu pembakar diturunkan kepada 180ºc. Bakar dalam 30 minit. Jika masih belum masak, tukar api bawah sahaja dan tambah masa 10 minit lagi.
Custard Sauce
Bahan
1 tin Susu cair **
2 tbs Gula halus
2 tbs Tepung Kastard
Cara
** boleh guna susu dalam 250 ml tambah air masak dalam 125~ 150 ml
1) Panaskan Susu, masukkan batang kayu manis yg digunakan tadi, gula dan tepung kastard.
2) Api perlahan saja. Kacau hingga adunan menjadi sedikit pekat. Tempoh dalam 5 minit atau kurang. Ketepikan. Biarkan sejuk.
Boleh dihidang dalam keadaan sejuk dan panas.
P.s sedap juga kalau guna roti serat. Kelebihannya mungkin kurang berasa muak bila kita makan sepotong.