Saturday, March 26, 2016

Mi Kari Penang

Assalamualaikum dan hai,

Waktu pagi di hujung minggu macam biasalah, breakfast di Gerai Sabar Menanti, nasi lemak daun pisang sorang sebungkus. Sepinggan goreng pisang seringgit untuk dihabiskan bersama teh O dan kopi untuk si dia.

:P

Alhamdulillah,

pagi ni saja nak update blog yang dah macam seminggu sekali saja.

Menarik minggu ini, ada sambutan hari Polis Malaysia yang ke 209. Macam mana boleh tau? Alkisah perjalanan saya dari gerai breakfast tu, saya suka ikut laluan depan Balai Polis Labuan, ada orang dan jalan tak sunyi. Agak selamatlah untuk saya lalu seorang diri waktu pagi.

Jadi kebetulan lalu tu, berhenti hormat seketika lagu Negaraku berkumandang. Masih ada lagi patriotisme yang dah semakin pudar ni. T____T Ada beberapa anggota trafik berkawal di luar, dan sebahagiannga berbaris di perhimpunan. Ada juga VVIP di kawasan Khemah. Semuanya berada dan berlaku di kawasan lapang depan ibu pejabat Polis cawangan Labuan.

I wish them a good luck in their career, semoga lebih telus.

Mi kari dengan polis?

Sebenar nak tulis resepi, tapi pagi ni quick update sajalah, mi pun lama dah habis ditelan. Masa bikin mi kari ni pun sebab tak ada idea nak apa dengan mi kuning, asyik goreng saja. Ma digoreng bekalan cili giling sudah lama habis, nak kisar yang baru memang makan tahun rajinnya. :P

Jadi ber-mi-kari-lah kita. hehe.






Ok, belanja gamabr dulu. Kalau rajin saya update resepi simple. :P

daaa~

4 comments :

  1. lama dah tak buat mee kari. Tiada yang nak perabis. Tapi kalau mee goreng, lajuuu je licin.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekali sekala boleh buat hilang boring tak ada idea nak masak ^^

      Delete
  2. Hmmmm....mana nak cari mee kari selera Semenanjung di Kota Kinabalu ini.
    Terasa mau makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heeee.. Kak Diana boleh bikin mee kari ^^

      Delete

click me!