Thursday, March 10, 2016

Homemade Bumbu Spekkeok

Assalamualaikum dan hai semua,

:)

Kali ni nak kongsikan resepi asas serbuk atau rempah untuk kek lapis legit dari Indonesia. Saya tak pasti bau-bauan yang tersimpan dalam memori ingatan saya masa kecil dulu masih sama atau tidak. Mungkin juga penggunaan jenis kayu manis memainkan peranan.

Sebelum ni dua jenis kayu manis sudah viral di Facebook hingga ada pekeliling dari KKM mengatakan jenis Cassia kayu manis yang kebanyakannya terdapat di ruang dapur kita dan juga dijual di Malaysia jenis kandungan berisiko. Jadi masih selamat juga la penggunaan kayu manis dalam masakan atau kegunaan lain. Kita tak makan kayu manis hari-hari dalam kuantiti banyak. :D

Jadi, bila terdetik nak buat kek lapis. Kena jugalah buat rempahnya. Kebetulan pula semua bahan sudah ada di dapur. Jenis Ceylon kayu manis ni dari Mexico, boleh saya katakan hadiah dari "seseorang". Bau dan rasa juga jelas ketara perbezaanya, tidak kuat dan sangat lembut atau mild  dari jenis Cassia. Baunya lebih cenderung kepada citrus oren.




Kayu manis ceylon, kayunya agak mudah dipatahkan, tak payah guna lesung batu untuk diketuk. Guna tangan saja nak leraikannya. hihi.

Ok, semalam sudah share resepi Kek Lapis Legit Indonesia {sini}, mungkin dulu-dulu orang kampung di johor terutama orang jawa memang hidang kek lapis tradisional. Cuba juga tanya nenek saudara kotla kan nak share. hihi. Hampa sebab kata buat kek tu main taram saja. haha.

Bila tanya husband, dia insist kata tak pernah makan pun, -__-', malas nak argue lebih, jadi kita buat sajalah bagi dia makan. haha.





Serbuk Rempah Kek Lapis homemade

Sumber : Ibu Hesti {sini}

Bahan

Kayu manis
Buah Pala
Cengkih
Pelaga

Cara

1. Cuci bahan bersih bahan dari habuk kekotoran.
2. Keringkan di bawah jemuran matahari atau guna oven dengan suhu rendah selama 30minit atau hingga betul-betul kering.
3. Tumbuk sedikit bahagian bahan yang keras seperti kayu manis dan buah pala.
4. Kemudian kisar guna blender rempah atau processor hingga halus, tapiskan tinggal yang kasar dan kisar sekali lagi hingga habis.
5. Ok siap untuk diguna. :D

Selamat mencuba!

Good Luck!

P.s Just to think what to do with the remaining 30 egg whites. T____T


:D

No comments :

Post a Comment

click me!