Saturday, June 20, 2015

Ramadhan Al Mubarak 1436H

Assalamualaikum dan hai,..



Alhamdulillah, sampai seru saya hari ini nak menaip post ringkas. Syukur juga dengan nikmat yang diberikan hingga kini. Panjang juga umur saya hingga ke bulan Ramadhan sekali lagi tahun ini. Alhamdulillah.

Lama juga menyepi, kalau ada post yang lama juga tak bersambung.. Emosi perempuan ni macam-macam, jadi gila sendiri. Sabarlah wahai lelaki.

Untuk Bulan Ramadhan ni, baju-baju raya simple je, dah mula menjahit. Hanya kami berdua saja, ukuran anak buah semua tu ada, tapi tahun lepas dan setengah tahun pun dah jauh beza. Budak-budak kan cepat membesar! haha..

Insya Allah tahun ni kami beraya sekali lagi di Labuan, memandangkan encik Suami ada projek yang datang sebelum 2-3 hari Aildilfitri. Nasiblah tak gatal tangan nak beli tiket Raya hari tu, tak fasal rugi je..

Persediaan itu macam biasa, tanaman di kebun sekangkang kera pun ada pasang surutnya, sukar nak maintain bila cuaca tak menentu. Kesian kt anak pokok yang baru nak naik, kena angin kuat ala Thunderstorm di weather forecast. hihi.. Pokok limau purut yang rajin tumbuh daun tu mati sudah, apa silapnya jadi sarang semut pulak.. T__T

Kena cuba hampas limau purut ke limau kasturi, brother gerai tanaman di Pasar Tani tu kata boleh guna hampas limau untuk halang semut ke, anai-anai.. Kita cuba dulu di tanaman kunyit. Dengan harapan kunyit tanam awal tu dapatlah raya ni ada daunnya boleh buat rendang ke, tapi proses tu agak perlahan. semalam cuba juga tengok, alhamdulillah, ada keluar pucuk.. hihi.. Ok lega sudah, takut mati pula kalau macam tak naik dah berbulan tanam.. okla tu.. kita biarkan dia hidup dengan aman hendaknya.. hihi


:)


ok,

dah hilang idea,.. hihi

Selamat Berpuasa

No comments :

Post a Comment

click me!