Monday, April 6, 2015

Berbuku Rasa..

*********************************extremely sensitive*********************************



Satu usaha tanpa henti, untuk maju ke hadapan, melalui jalan yang onak duri. Ragu dan berbelah bagi dalam pilihan langkah menuju ke Ilahi. Allahuakbar!

Berbuku rasa,..

Bila dirungkai menjadi bertahun dari hanya berhari-hari jadi bermingguan, berbulanan pula lepas itu. Sesak dada. Kecewa.

Allahu.

Hanya diri ini yang mampu menampung, tak mampu diluah pada empunya badan. Peri diluah mati bapak ditelan mati mak. Tersilap kata mengundang sengketa.

Kepayahan hidup bertahun buat sang kecil mengerti usaha mencari rezeki tanpa henti. Saban tahun, adakala saban hari, bermacam pula masalahnya.

Kini. 

Diusia emasmu, kutermanggu memikirkan apakah yang menjadi asbab pada permasalahan dinihari. Gerak lakumu mengguris luka hatiku. Tak mampu mindaku berfikir dengan logik mengapa. Allah.

Berduka lara,..

Tabahlah wahai hati! 

Tolonglah, tolonglah kembali ke pangkal jalan. Allah itu Maha Besar. Allahuakbar!

Berhentilah dari apa yang kau kerjakan wahai insan yang aku hormati. Usahlah kau singkir sedikit rasa sayang dari sang kecil ini. Sang kecil ini sudah kecewa dengan pertama kali kau usik hatinya, kini kau menduga kasih sayangku, kau rentap kepercayaanku padamu, kau kikis hormatku padamu jua.

Apakah kau bahagia dengan perbuatanmu?

Adakah kau mahu berseorangan di kemudian hari?

Jika wang ringgit menjadi jaminan kebahagianmu, parah.. Kecewa seribu batu dalamnya lautan itu dariku padamu.

Aku harap kau sedar sebelum terlambat.

Sebelum kau tinggalkan kami dalam keadaan yang belum bersedia,

Sebelum kau menyesal akan perilakumu pada sang kecilmu.

Sebelum kau tutup mata, bertaubatlah.

Aku mahu ke syurga dengan mu juga, wahai insan yang aku sayangi.


No comments :

Post a Comment

click me!