Tuesday, March 11, 2014

For a lil thought

Salam dan hai,

Musim kemarau atau musim panas sekarang ni belum selesai, muncul pula krisis air.. atau belum sampai krisis airnya tapi dicatu.

Sementelah itu, masih berharap hujan akan turun selebatnya membasahi bumi bertuah ini. Allahuakbar..

Dikala hujan yang ditunggu tak juga dikunjung tiba, jerebu pula datang tak diundang. Kasihan pada rumput dan pokok yang berusaha untuk hidup. Allah. Tumbuhan juga mahkluk Allah.

Hujan tiada, jerebu masih ada. Masih mengharapkan hujan rahmat turun setiap hari. Menyuburkan rezeki untuk sekalian umat.

#mh370 ulasan berterusan, bertambah spekulasi yang adakala tak masuk dek akal tetapi berbalik pada yang Satu. Allah. Dengan apa sekalipun 'kuun faa ya kuun'.

Saya? Seperti manusia biasa berbagai andaian. Berbagai rasa dan berbagai macam nak luah. Tapi. Kita sudah dididik hati dan minda untuk mendengar apa yang kita mahu. Bukan kebenaran yang hati dan minda semestinya akan menolak. Betul?

Mungkin dan mungkin itulah akan jadi satu spekulasi atau andaian yang mungkin menambah imarahnya.

Jikalau ada saudara atau saya di situ.. jikalau mungkin benar itu musibah.. jikalau pula tidak benar..

Saya redha.. belajar untuk redha dan gembira.. Jika Allah redha akan keadaan kita sekarang seharusnya kita gembira dan mungkin belum tiba masanya dan mungkin juga kita belum diuji sehebatnya.

Allah. Janganlah kau uji hambaMu diluar kemampuannya. Amin YRA

Posted via Blogaway Pro


Posted via Blogaway Pro

No comments :

Post a Comment

click me!